His Seele | 41

12.9K 570 22
                                    

Aku mula mengemas meja kerjaku apabila keadaanya seperti baru lepas dilanda tsunami

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku mula mengemas meja kerjaku apabila keadaanya seperti baru lepas dilanda tsunami. Hari ini memang hari yang terlalu busy, maklumlah minggu depan EKL ada buat family day di Pulau Perhentian.

Jadi boss memang kerahkan semua pekerja siapkan kerja-kerja yang tinggal sebab dia taknak ada yang terganggu semasa hari keluarga itu berlangsung nanti.

Dan tak kurangnya aku. Kerja yang menimbun tadi makin lama makin susut. Dan akhirnya aku menarik nafas lega apabila semua kerjaku selesai.

Aku menyandarkan badan pada kerusi sebelum mata ditutup seketika. Daripada pagi aku menghadap laptop sampai mata pun dah mula kabur. Jangan sampai aku kena pakai cermin mata sudahlah.

Aku angkat kepala sambil mata melilau sekeliling. Kenapa harini rasa macam sendu semacam eh? Kelibat empat orang tu pun aku tak nampak.

Aku mula keluarkan telefon daripada handbag. Pantas, ikon whatsapp dibuka. Group chat kami pun senyap je. Selalunya ada je benda yang nak diborakkan oleh mereka.

Tiba-tiba aku ternampak kelibat Kak Rina lalu di hadapan meja.

"Kak Rina" tegur aku ke arahnya. Kak Rina senyum sekilas ke arahku sebelum kakinya melangkah mendekati aku.

"Kenapa Sara? Cari Tuan Nils ke?" aku menggeleng ke arah Kak Rina. Lambat lagi aku nak cari dia.

"Mana encik Carl, Hanz, Erick dengan Nick? Daripada pagi lagi saya tak nampak mereka, ada hal ke?" selalunya kalau Nils tak ada, memang Kak Rinalah jadi mangsa pertanyaan aku.

Dahi Kak Rina berkerut. Dia pandang aku tak percaya.

"Sara tak tahu ke? Tuan Nils tak cakapa apa-apa?" Kak Rina tanya aku balik. Kening serta merta bertaut. Lah, tahu apa pula ni? Kenapa semua benda yang jadi dalam company ni aku tak pernah tahu?

"Kadang-kadang Kak Rina peliklah, sebenarnya Sara yang secretary Tuan Nils ke atau Kak Rina" dengar saja Kak Rina berkata begitu, makin bertambah kerutan di dahi.

"Kenapa kak? Apa yang Sara tak tahu?"

Kak Rina pandang sekeliling dahulu. Sekejap kepalanya menoleh ke kiri dan selepas itu ke kanan. Seperti ada rahsia besar yang hendak diberitahu padaku.

Dia mula merapatkan tubuhnya sedikit. Aku tadah telinga.

"Sebenarnya Encik Carl accident semalam, tu yang diorang berempat cuti tu" pantas mulut terus ternganga luas sebelum tangan naik menutupnya. Mata terbeliak tanda terkejut.

Hampir saja aku mengeluarkan jeritan kecil kalau tak mengenangkan Kak Rina tutup mulut aku cepat-cepat tadi.

"Tadi Tuan Nils ada bagitahu akak, dia kata jangan bagitahu Sara sebab dia tahu Sara kan rapat dengan Encik Carl. Mesti Sara risau pasal Encik Carl"

𝐇𝐞𝐥𝐥𝐨 𝐌𝐞𝐢𝐧 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now