His Seele | 49

11.3K 509 22
                                    

"Duduk rumah kejap, abang nak turun pergi bilik bawah"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Duduk rumah kejap, abang nak turun pergi bilik bawah"

Itulah pesanan Nils 45 minit lepas. Selepas aku keluar daripada hospital, aku ingatkan yang aku akan bebas tapi nampak gayanya tak.

Ditambah pula dengan berita aku mengandung lagilah dia tak benarkan aku buat apa-apa kerja.

Tipikal suami kalau dapat tahu isteri mengandung, semua benda tak boleh buat. Bosan pula telinga aku dengar benda yang sama.

Sementara tunggu Nils naik semula, aku sempat marathon satu rumah ni. Kejap-kejap kepala tengok dinding, kalau terserempak dengan anak buah dia yang berkawal dekat luar tu mesti mereka akan menunduk hormat.

Kadang-kadang aku terfikir, diorang ni tak penat ke berdiri 24 jam? Pernah jugalah aku ajak diornag berborak tapi berpatah-patah yang aku tanya sepatah je diorang jawab. Katanya mereka tak boleh rapat dengan bini boss, takut kena tembak pula dengan tuan muda sorang tu.

Jadinya aku diam. Faham dengan keadaan diorang. Kesian betul.

Sedang ralit aku mengira berapa banyak lantai yang ada di dalam rumah ni, tiba-tiba pintu pagar rumah ini terbuka luas. Terlihat kelibat kereta merah berkilat seseorang masuk ke dalam perkarangan rumah.

Dahi mula berkerut. Siapa pula yang rajin datang ziarah aku ni.

Tapi rasa teruja aku tadi mula hilang apabila wajah yang paling aku taknak tengok sekarang ni muncul depan mata. Orang dengan kereta sama je, masing-masing taknak kalah.

"Hye madu!" laungan si gadis buatkan aku mula menjelingnya menyampah.

"Siapa madu kau?" keras aku membalas kembali ayatnya. Gila tak malu perempuan ni, muka tu ada berapa lapis topeng?

"Auch, janganlah kasar dengan I Sara. Nils mana? I nak jumpa dia" sumpah perempuan ni tak ada urat malu. Dahlah nak jumpa laki orang, bukan main selamba mulut tu bercakap depan bini dia.

"Eh, muka tu tebal sangat dengan dosa ke sampai tak ada rasa malu?" bersama sinisan, aku membalas kembali percakapannya. Arisha pandang aku sekilas kemudian dia tergelak kecil. Gelak gedik senang cerita.

"You ni kelakarlah, kalau I malu I tak datanglah sini. I cuma nak jumpa dengan Nils je, takkan salah?"

"Memang tak salah, tapi salah untuk orang macam kau yang terhegeh-hegeh nak dekat laki orang"

Mulut aku ni kadang-kadang memang tak ada insurans, nak-nak pula manusia macam Arisha ni. Tak boleh bagi peluang nanti pijak kepala.

"Balik, aku taknak tengok muka kau dekat sini" halauku senada. Mata Arisha membulat, tak sangka yang aku berani halau dia.

Dia melangkah setapak ke arahku. Matanya merenung seinci wajahku tajam. Mata turun ke bawah kemudian naik semula. Seolah-lah sedang judge aku. Tak lama selepas itu, mulutnya berbunyi lagi.

𝐇𝐞𝐥𝐥𝐨 𝐌𝐞𝐢𝐧 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now