His Seele | 21

19.7K 1K 109
                                    

Aku bagaikan seseorang yang baru lepas putus cinta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku bagaikan seseorang yang baru lepas putus cinta. Dah berjam-jam aku mengurung diriku di dalam bilik. Waktu ini, aku rasakan berkurung adalah perkara yang perlu. Ketukan pintu yang tidak henti daripada tadi juga aku endahkan. Suara ibu dan Dhia yang berulang kali melaung-laung namaku daripada luar juga aku abaikan.

Muka pula tak usah cakaplah, dah macam mayat hidup dah aku rasa. Tisu yang berterabur di atas lantai menjadi bukti yang aku menangis tak henti sejak daripada tadi.

Kenapalah hidup aku harus semalang ini. Dahlah tak ada ayah untuk dijadikan tempat mengadu tambah pula dipaksa berkahwin dengan lelaki yang sepatutnya menjadi abang ipar aku. Kenapa aku? Aku tak layak untuk bahagia ke? Kenapa aku yang selalu jadi mangsa korban untuk kebahagian orang lain?

Tapi siapalah aku yang nak menolak takdir Tuhan. Mungkin inilah suratan yang telah tertulis di luh mahfuz. Tapi aku tak kuat nak hadap semua ni. Ya Allah apa yang patut aku buat.

Tok! Tok!

Terus hilang segala khayalanku apabila pintu bilikku sekali lagi diketuk. Dalam hati aku sudah dapat mengagak siapa yang masih belum berputus asa memujukku untuk keluar. Aku memilih untuk diam. Terus aku merapatkan kaki ke dada kemudian muka disembam pada lutut.

"Sara"

Dengar sahaja suara itu, kepala serta merta terangkat. Aku memandang ke arah pintu. Sangkaku ibu atau Dhia yang datang memujuk tapi jelas sekali suara itu bukan suara mereka. Suara garau seseorang yang membuatkan aku terus berdebar.

"Sara, buka pintu ni. We need to talk" tambahnya lagi.

Jantung serta merta bagai mahu pecah. Orang yang paling aku nak elaklah tiba-tiba datang tanpa di undang ke bilik aku. Aku hanya memandang kosong pintu bilik yang tertutup rapat itu.

"Sara please, buka pintu ni. Kita bincang elok-elok" sekali lagi dia bersuara. Nada suaranya seperti sedang merayu. Mengharapkan supaya aku berlembut hati membuka pintu untuknya.

Aku pula bagaikan sebersalah kerana telah mengabaikan dia.

Tapi aku dah nekad. Aku tak jamin kalau aku pandang muka dia nanti peratus untuk aku tak tumbuk dia adalah rendah. So better aku diam.

"Look, aku tahu kau marahkan aku and kau berhak nak benci aku tapi please buka pintu ni. Aku janji aku tak paksa kau, kita bincang elok-elok"

Bagaikan sungguh terdesak si dia merayu supaya aku bukakan pintu untuk dia.

Dan aku pula macam biasalah. Walaupun dalam hati rasa macam nak je sembelih mamat tu dengan parang ibu yang selalu dia guna buat tebas rumput tu, tapi ada juga sikit rasa terpujuk tu. Tambahan pula, aku pun nak dengar juga apa yang dia nak cakap.

Aku mengeluh sendiri. Sudah sudahlah tu buat perangai Sara. Bukannya ada prince charming yang tolong culik kau pun kejap lagi.

Aku berjalan dengan langkah malas ke pintu. Sempat air mata dilap dengan hujung lengan baju. Nafas ditarik dalam.

𝐇𝐞𝐥𝐥𝐨 𝐌𝐞𝐢𝐧 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now