"Kaki aku!" Hanz menjerit separa kuat sebelum badannya dihenyak kasar di atas sofa lembut itu.
Akhirnya, setelah berjam-jam perjalanan dari Jerman ke Malaysia, mereka tiba juga di rumah agam milik Nils.
Jam di dinding tepat menunjukkan pukul 12.00 malam. Nick dan Erick pula cuma diam sambil masing-masing melepaskan lelah di sofa yang sama.
"Carl, angkatkan Niyaz. Aku nak bawa Sara naik atas" Nils yang sedang mendukung isterinya pantas meminta Carl supaya mengambil Niyaz daripada dalam kereta.
Carl hanya mengangguk.
"Weh Nick, tolong angkat aku. Aku dah tak mampu nak berjalan" pinta Erick tidak malu. Tangannya diangkat ke arah Nick, menyuruh supaya lelaki itu mendukungnya pula.
Nick terus buat muka.
"Taknak aku angkat anak babi. Nanti tak pasal-pasal kena samak. Dahlah, cau!" Nick terus mengabaikan Erick sebelum kakinya dibawa melangkah ke bilik.
Pantas mata Erick terus tercelik. Apa?!
"Dasar anak babun!"
"Rick, senyap. Niyaz tidur" Carl yang baru masuk ke dalam menegur Erick sedikit garang. Melalak je kerja budak ni.
"Eleh, itu pun nak marah. Ha, marahlah semua" dia peluk tubuh. Benci!
"Abang, Sara nak keluar kejap boleh?" tangan membetulkan tudung yang tersarung di kepala sambil mata menjeling ke arah pantulannya di cermin. Nils hanya duduk di hujung katil sambil matanya merenung aku tidak lepas.
"Nak pergi mana? Dengan siapa?" aura protectivenya mula ditonjolkan. Tersenyum sekejap aku mendengar soalannya.
"Sara nak keluar dengan Niyaz. Dia sibuk sangat nakkan patung transformer itu yang alang-alang boleh bawa dia jalan-jalan" terangku lagi.
Haritu bukan main lagi sibuk nak patung transformer, siap ugut lagi kalau tak nak beli dia nak merajuk setahun. Tak padan dengan kecil tapi mulut macam orang tua.
YOU ARE READING
𝐇𝐞𝐥𝐥𝐨 𝐌𝐞𝐢𝐧 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥 | 𝐂
Action𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 | 𝐇𝐌 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich "Dia adalah tanggungjawab aku, lagipun dia terima aku bukan sebab cinta" - Nils Edward Benar kata orang, kerana mulut badan bina...