His Seele | 57

11K 575 33
                                    

Arisha berjalan masuk ke dalam pejabat itu bersama hati yang geram

К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.

Arisha berjalan masuk ke dalam pejabat itu bersama hati yang geram. Buat penat saja usahanya selama ini untuk cuba runtuhkan rumah tangga Nils dan Sara namun semuanya tidak menjadi.

Pintu kaca yang tertutup rapat itu ditolak kuat sehingga penghuni di dalam bilik itu juga mengangkat mukanya.

Arisha berjalan tanpa menghiraukan tatapan mata tajam itu. Terus dihempaskan beg tangannya di atas meja kayu itu seraya tangan di tepuk kuat di atas meja itu.

"Why do you always mess up my plans?! Aku dah hampir berjaya nak pisahkan diorang!" jerit Arisha tak puas hati. Dah lama sebenarnya dia bersabar tapi dia dah tak tahan.

Berhari-hari dia memikirkan rancangan jahat untuk kenakan pasangan suami isteri itu tapi manusia di hadapannya ini selalu selangkah lebih awal daripadanya.

Dasar manusia tak guna!

"Kau ingat aku akan biarkan kau ganggu diorang? Otak tu Allah bagi guna untuk buat kebaikan bukannya kejahatan. Tak guna muka je cantik tapi hati busuk" tenang suaranya melontarkan ayat makan dalam itu.

Arisha yang berdiri di depannya ditenung tak lepas. Dahlah main terjah bilik orang lepastu buat tak bersalah.

Arisha merengus kasar. Dia menapak selangkah ke arah jejaka itu. Jari telunjuknya di tala tepat ke batang hidung mancung jejaka itu.

"Jangan sibuk hal aku boleh? Kau pun tahukan yang aku nakkan Nils. Kalau aku tak dapat dia, sesiapa pun takkan dapat dia!" marah Arisha lantang.

Dia tekad, dia akan gunakan cara kasar untuk dapatkan Nils selepas ini.

Lelaki itu merengus. Dia menjenguk ke luar. Terdapat ada beberapa pasang mata yang tertumpu ke arah biliknya. Masing-masing panjang tengkuk melihat kacau bilau yang berlaku di dalam bilik ini.

Tangannya terus mencapai satu alat kawalan jauh yang bersaiz kecil itu kemudian butang hijau ditekan olehnya. Bilik yang tadinya boleh melihat keadaan di luar terus bertukar hitam.

Satu sistem canggih yang membuatkan Arisha mula jadi ketakutan. Dia pandang ke arah lelaki yang sedang duduk tenang di tempatnya.

"Aku bagi kau pilihan, tinggalkan Malaysia dan hidup aman dekat tempat lain or teruskan niat jahat kau tapi kau kena berurusan dengan aku" ugutan yang penuh dengan ancaman.

Dia nekad, kalau Arisha tetap dengan pilihannya untuk teruskan kerja busuknya dia memang takkan teragak-agak dah selepas ini.

"Abang Noah ni kenapa?! Kenapa tak pernah nak faham Ari?! Kenapa Sara?! Kenapa semua kena lebihkan dia!" Arisha merungut tidak suka.

Dia daripada dulu memang bencikan Sara. Sara mempunyai segalanya. Kasih sayang daripada keluarganya, dan juga suami yang betul-betul cintakan dia.

Dia tak suka, dia tak sukakan semua itu.

𝐇𝐞𝐥𝐥𝐨 𝐌𝐞𝐢𝐧 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥 | 𝐂Место, где живут истории. Откройте их для себя