His Seele | 35

14.3K 609 46
                                    

Harini bagaikan serba serbi tak kena buat aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Harini bagaikan serba serbi tak kena buat aku. Baru sejam Nils berangkat ke Terengganu tapi aku dah mula rindukan dia. Parah sangat dah ni, itulah selalu menempel je dengan dia ni bila dah tak ada mula gelisah.

Disebabkan Nils tak ada harini, jadi segala kerjaku akan di pantau oleh Carl. Senang cerita, tiga harini aku dah berubah title jadi secretary kepada Carlos D'Angelo.

Sedang kepala serabut menyiapkan kerja tiba-tiba ada satu tindinan file yang diletak kasar oleh seseorang di atas meja. Habis berterabur segala kertas yang aku susun tadi.

Aku mendongak. Wajah berlagak Nadia memenuhi kornea mata.

"Nah, ni semua kerja kau. Aku nak keluar jumpa dengan my baby boo. Nanti pandai-pandailah kau cover dengan Encik Carl eh" sungguh mudah perempuan kepoh ni berkata-kata. Dengan senyuman tak bersalah dia tu, aku rasa macam nak je hempuk kepala dia dengan file ni.

Ni dah masuk 5 kali dah dia buat perangai macam ni dengan aku. Kira baiklah aku tak pernah report pasal dia dekat Nils kalau tak mungkin dah ke alam barzakh dah minah ni.

Aku panggung kepala ke arah Nadia. Pen dihentak perlahan ke atas meja.

"Nadia, kalau awak masih buat perangai awak macam ni saya tak jamin esok lusa awak tak kantoi. Kerap sangat tau awak ponteng kerja. Ingat company ni tak ada CCTV ke?" aku dah mula buka kelas tazkirah.

Biarlah dia nak cakap aku ni sombong ke apa tapi ni dah melampau. Memang semua kerja manusia dalam office ni aku yang buat.

Nadia berdecit. Tangan disilangkan pada tubuh. Renungan tajamnya buatkan aku rasa semakin menyampah dengan dia.

"Hei, kau tu staff. Kenalah buat kerja. Lagipun aku ni ada hal penting nak kena buat dengan baby boo aku. Jangan nak berkira sangat boleh?" balasnya bersama muka berlagak. Nada suara pula dibuat-buat garang.

Aku pandang Nadia dengan rasa kemarahan yang mula meluap. Haih perempuan ni memang tempah kubur betul dengan aku.

Tanpa disangka, terus tanganku menepuk kuat meja kerja sehingga menggamit perhatian seluruh pekerja lain.

Masing-masing dah panjang tengkuk melihat drama yang telah aku cetuskan.

Nadia mula terasa tidak selesa apabila semua orang mula tertumpu ke arah kami. Aku tenung dia dalam-dalam. Aku dah tak tahan, salah kaulah dah cari pasal time mood aku tengah tak berapa nak baik.

"Jangan buat saya hilang sabar, saya bukannya hamba awak nak buat semua kerja awak. Awak ingat saya tak ada kerja lain ke nak buat?" habis segala isi hati yang dipendam selama ini aku hamburkan padanya.

Wajah Nadia sudah berubah riak. Matanya terkebil-kebil memandang ke arahku.

Dadaku mula turun naik. Jangan ingat aku berlembut dengan dia selama ni aku lemah. Setakat ni yang tahu sisi aku yang lain hanya lima orang lelaki itu saja. Jangan sampai aku terpaksa berlagak kasar dengan semua orang dalam EKL ni.

𝐇𝐞𝐥𝐥𝐨 𝐌𝐞𝐢𝐧 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥 | 𝐂On viuen les histories. Descobreix ara