His Seele | 19

17.4K 899 36
                                    

Selepas kejadian di bilik Nils tempoh hari, aku tetap meneruskan kerja seperti biasa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selepas kejadian di bilik Nils tempoh hari, aku tetap meneruskan kerja seperti biasa. Macam tak ada apa-apa yang terjadi antara kami. Dan Nils pun sama sepertiku. Tak menunjukkan gaya yang dia tengah ada masalah dengan aku. Masing-masing pun dah lupakan hal itu. Tak penting.

Pelamin putih yang cantik terhias di bahagian ruang tamu itu aku pandang dengan senyuman manis di bibir. Aku tertanya-tanya, apa perasaan Kak Sofia sekarang. Nervous ke, happy ke?

Tapi macam biasalah. Kak Sofia daripada pagi lagi aku tak nampak batang hidung dia. Entah kemanalah dia merayap.

Masalahnya, yang nampak macam nak kahwinnya aku. Akulah yang kena pilih baju kahwin dia, gubah hantaran, cincin pun aku juga yang kena pilih. Dia senang je marayap tak ingat dunia.

Akulah yang kena pilih tema warna apa, nak buat dekat mana. Aku tak faham. Aku rasa macam kelakar pun ada tapi itulah hakikatnya. Cliche betul hidup aku ni.

Kerja? Ouh, Nils dah bagi aku cuti untuk aku siapkan segala kelengkapan untuk majlis pernikahannya nanti. Nasib dapat boss baik.

"Ha Sara, termenungkan apa?"

Aku mendongak memandang ibu yang berdiri di sebelah. Ibu terus duduk di sebelahku.

"Tak ada apalah ibu. Cuma Sara terfikir"

Dahi ibu berkerut.

"Fikir apa?"

"Sara fikirlah yang kahwin sebenarnya Sara ke Kak Sofia. Kenapa Sara yang kena handle semua persiapan untuk majlis dia? Bukan sepatutnya dia yang handle majlis sendiri ke? Ni dah terbalik" aku meluahkan rasa tidak puas hati yang dah lama terbuku di dalam dada.

Ibu mengeluh lemah. Mungkin sedikit terasa dengan kata-kataku.

"Ibu minta maaf Sara, ibu terpaksa. Ibu tak tahu macam mana lagi nak pujuk kakak kamu tu" kata ibu lagi. Dari nada suaranya aku dapat rasa yang ibu betul-betul terkilan dengan sikap Kak Sofia yang lepas tangan.

Aku merapatkan tubuh ke arah ibu. Bahunya aku peluk. Cuba menyalurkan kekuatan walaupun aku tahu ia tidak dapat mengurangkan kegusaran yang melanda dirinya.

"Sara faham bu. Tak apa, nanti Sara sendiri yang cakap dengan dia"

Ibu tersenyum ke arahku. Wajahku diusap perlahan dengan tangan tuanya. Jujur aku sebak. Ibu tak pernah kelihatan sugul seperti ini. Mungkin disebabkan dia masih lagi terikat dengan perjanjian arwah mama Nils jadi dia terasa berat hati. Aku hanya mampu berdoa saja dalam hati supaya segala urusannya dipermudahkan.

Kusyuk sangat aku menghadap kerja yang bertimbun di rumah sampai tak sedar yang malam sudah melabuhkan tirainya.

Aku menyudahkan sedikit kerjaku yang tertangguh tadi. Setelah berpuas hati, aku menyusun bekas hantaran itu di tepi.

Sliding door yang terbuka itu aku pandang. Ni mesti ibu lupa nak tutup waktu keluar tadi. Aku gagahkan juga diri untuk berjalan menutup pintu itu.

𝐇𝐞𝐥𝐥𝐨 𝐌𝐞𝐢𝐧 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now