His Seele | 34

15K 594 52
                                    

Malam itu kami menerima kedatangan tetamu yang tak diundang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Malam itu kami menerima kedatangan tetamu yang tak diundang. Siapa lagi kalau bukan Nick, Erick, Carl dan Hanz. Sempat pula diorang request macam-macam sebelum datang sini tadi.

"Korang ni spoil lah. Aku baru ingat nak spend time berdua harini dengan bini aku. Korang nak apa datang sini?" muka Nils sudah bertukar muram. Kecewa tak ditapis.

"Sabarlah bang, tak penat ke hari-hari nak buat eksperimen sains dengan bini kau. Bagilah bini kau rehat sehari dua" kata Nick tanpa tapis.

Mataku membulat. Terus aku toleh ke arah Nils yang kebetulan memandang aku.

"Apa salahnya, ada bini. Lainlah kau, single. Kau nak buat projek sains dengan siapa? Ayam? Kuda laut?" Nils juga tak mahu mengalah, apa yang adik dia kata dia balas bersama ayat kotornya.

Aku pula yang malu dengar diorang bergaduh pasal hal memalukan tu.

"Aku malas lagi nak buat projek sains. Umur masih muda, enjoy dulu life single ni" Nick tersenyum bangga. Tangan naik memeluk tubuh.

"Dahlah korang ni, bising je lah. Dolcezza, can i request you something?"

Kening aku terangkat sebelah sebelum mengangguk ke arahnya.

"I want my tea please, tiba-tiba kepala ni sakit dengar mulut longkang dua orang ni membebel" seperti melontarkan satu perlian, aku terus memandang ke arah wajah dua beradik itu.

Masing-masing tunjuk riak tak puas hati.

"Eleh Carl poyo je lebih, dahlah kau. Carl gay" kutuk Nick selamba. Aku lihat Carl telah mengertap rahangnya dengan kuat. Mungkin tengah tahan diri daripada meletup.

Malas aku nak layan, terus kaki di bawa melangkah ke dapur. Better buat air daripada dengar perbualan tak matang diorang.

Carl pandang Nick tajam, tak tunggu. Terus dicapai remote TV di hadapannya kemudian di baling ke arah Nick yang duduk di hadapannya.

Hampir sahaja kepala lelaki itu mahu bertemu dengan objek keras itu.

"Woi, kan dah tertutup TV ni. Buka balik" marah Hanz yang sedari tadi sedang kusyuk menonton televisyen. Dahlah tengah best part, mak tiri dia dah nak mengaku dah yang dia sebenarnya bunuh suami dia. Potong betullah dua ekor beruk ni.

"Weh Nils, kau nak tahu tak berita hangat dekat EKL pagi tadi?" mood pakcik bawang Erick dah on. Nils kerut dahi.

"Kenapa? Apa yang jadi?" melihat kerutan di dahi Nils, Erick jadi makin teruja.

"Arisha datang pagi tadi, dia cari kau"

Dengar sahaja ayat itu, terus Nils bertukar posisi duduknya. Dia memandang kawan-kawannya dengan riak tak percaya.

"Buat apa? Apa lagi dia nak?" soal Nils tak puas hati. Tak cukup ke dulu dah buat kacau sekarang nak tambah lagi.

"Nanti kau masuk kerja aku tak jamin yang dia tak kacau kau lagi, so kau kena hati-hati. Dahlah kau satu tempat kerja dengan Sara, jangan cuai sangat. Bukan kau tak kenal Arisha tu macam mana" pesan Carl sedikit tegas.

𝐇𝐞𝐥𝐥𝐨 𝐌𝐞𝐢𝐧 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now