His Seele | 61

10.9K 605 46
                                    

"Kau yakin ke tu Sara?" Carl meletakkan satu mug kelabu di atas meja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau yakin ke tu Sara?" Carl meletakkan satu mug kelabu di atas meja. Dia mengambil tempat di hadapan Nils. Dengan apa yang baru diceritakan oleh Nils tadi buatkan dia rasa sangsi.

"Ye, aku yakin tu Sara. Aku menyesal Carl sebab tak lebih peka tadi. Kalau tak mesti aku dah boleh tatap muka isteri aku"

Nils betul-betul marahkan dirinya. Kenapalah dia selalu cuai. Tapi apa pun dia yakin wanita tadi adalah isterinya. Nama yang pelayan itu seru pun bukan nama orang lain.

Dia tak mimpi. Mungkin takdir tak mahu mereka dipertemukan lagi.

Carl hanya menyisip airnya. Dia agak terkejut mendengar cerita Nils tadi tapi semua itu tidak mustahil. Dan German? Kenapa gadis itu memilih German?

"Esok aku nak keluar lagi, aku takkan putus asa. Aku akan pastikan aku jumpa isteri aku sebelum kita balik Malaysia" tekad Nils. Dia takkan mengalah. Jika dia mahukan isterinya semula dia akan berusaha.

Dia sayangkan Sara dan cintakan isterinya. Memang apa yang Sara buat pada dia sebelum ini agak menyakitkan untuknya namun cintanya pada gadis itu tak mampu buat dia bencikannya malah lebih mencintainya.

Sara adalah hidupnya dan Niyaz adalah penguat cinta mereka. Nils akan pastikan mereka berdua kembali ke dalam dakapannya.

"Baguslah, aku tumpang bahagia. Aku akan cuba bantu kau" Carl menepuk bahu sahabatnya. Dia sebagai kawan akan sokong apa saja keputusan lelaki itu. Asalkan tidak mendatangkan mudarat itu sudah cukup.

"Okay class, today I have a good time activity planned

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Okay class, today I have a good time activity planned. Please each of you create a portrait of your family. Mother, father, siblings, and you are there too. Before returning home, you must finish it, okay?" seorang guru wanita memberi arahan kepada anak muridnya.

Namun tanpa dia sedar, salah seorang anak muridnya mula mempamerkan wajah masam. Perlahan-lahan anak kecil itu mengangkat tangannya.

"Yes Niyaz, why?"

"Ma'am, what if I don't draw a picture of my father?" perlahan suara kecil itu bertanya. Dia jadi sedih. Dia tak tahu macam mana nak lukis gambar papanya.

𝐇𝐞𝐥𝐥𝐨 𝐌𝐞𝐢𝐧 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now