His Seele | 50

Começar do início
                                    

Mulutnya mula mengumam kecil. Kusyuk betul tu. Comel je tengok Nils tadah tangan macam tu.

Selepas itu, aku membantunya mengambil wudhuk. Satu persatu aku terangkan kepadanya. Selepas itu, sejadah dibentangkan menghadap kiblat. Kain telekung sudah siap dipakai tadi.

Aku menoleh ketepi apabila terdengar bunyi pintu wardrobe di tutup. Hati terus jadi tak tentu arah melihat suami sendiri dalam pakaian solatnya.

Berkain pelikat, berbaju Melayu hitam serta ada songkok di atas kepalanya. Tengok, pakai simple macam tu pun dah handsome.

"Kenapa sayang tengok abang macam tu? Pelik ke abang pakai macam ni?" Nils menunduk melihat pakaian yang tersarung di badannya. Rasanya ini kali pertama dia pakai kain pelikat. Berpeluh jugalah dia membetulkan kain pelikatnya tadi.

"Taklah abang, Sara suka tengok abang macam ni. Handsome" pujiku senada. Nils mengulumkan senyuman manisnya. Terserlah lesung pipit di sebelah pipi kanannya.

"Dahlah sayang, kita nak solat ni nanti sembahyang ke mana kita ke mana pula" tegurnya perlahan. Aku tersengih. Apalah kau ni Sara, memalukan.

Nils mula mengambil tempat. Aku juga berdiri di belakangnya. Dan selepas itu aku terdengar dia mula melafazkan takbiratul ihram.

"Allahuakhbar"

Dan untuk pertama kalinya, aku diimamkan oleh seseorang yang bergelar suami. Sampai bila-bila pun aku takkan lupakan hari yang indah ini.

"Hai kakak iparku yang manis lagi cantik" sapaan ceria Nick membuatkan kerja aku yang sedang menghidangkan makanan tergendala

Ops! Esta imagem não segue as nossas directrizes de conteúdo. Para continuares a publicar, por favor, remova-a ou carrega uma imagem diferente.

"Hai kakak iparku yang manis lagi cantik" sapaan ceria Nick membuatkan kerja aku yang sedang menghidangkan makanan tergendala.

Ish budak ni, bukannya reti nak bagi salam.

"Nick, awak buat apa dekat sini? Bukan ke sepatutnya awak dekat rumah sana?" soalku hairan. Selepas je dapat berita yang aku mengandung, Nils terus menghalau empat orang lelaki ini keluar daripada rumahnya.

Katanya taknak baby kena aura negatif mereka. Kejam betul laki aku tu.

"Saja, nak melawat kakak ipar pun tak boleh ke? Ni abang mana? Tak nampak pun batang hidung dia?" Nick mula mengambil tempat di meja makan. Nampaknya jejaka itu dah bersedia untuk melahap. Tengok matanya yang bersinar-sinar itupun dah boleh buat aku faham.

"Nils ada dekat atas. Tengah on call dengan someone. Ni awak datang sorang je ke?" soalku kepadanya pula.

Baru saja Nick mahu membuka mulutnya, tiba-tiba--

"Hello everything! Miss me baby?! Oh my god, Nicki Minaj what are you doing here?!" entah daripada mana, suara nyaring Erick tiba-tiba menegur kami di ruang tamu.

Aku tersengih melihat ke arahnya manakala Nick mula menepuk dahi.

"Hoi ayam takde telur, boleh tak kau diam?! Bisinglah hanat!" marah Nick. Rasanya tadi dia tak ada bagitahu sesiapa tentang niatnya ke rumah Nils tapi macam mana sekor ni boleh sesat?

𝐇𝐞𝐥𝐥𝐨 𝐌𝐞𝐢𝐧 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥 | 𝐂Onde as histórias ganham vida. Descobre agora