D menggaru kepalanya. Dia semakin tidak faham akan Albert, sanggup pula dia bina rumah semata-mata sebentuk loket kepunyaan isterinya.

"Oh, kiranya... ibu pernah pergi ke Pulau Batulah, sebelum ini?"

Albert mengatur duduknya agar mudah melanjutkan penceritaan.

19 Tahun yang lalu...

"Ketua, cik puan dah tak ada dalam bilik dia. Puas kami cari ke segenap rumah ni, tapi tak jumpa juga."

Westa melaporkan akan kehilangan isteri kepada ketua sekali gus merangkap sebagai majikannya itu.

Albert yang sedang leka menaip sesuatu di papan kekunci terhenti serta-merta.

Manakan tidak, jika isteri tercinta menghilang tanpa jejak.

"Cari cik puan di semua tempat! Lekas!" arah Albert pula.

Dia segera mendail nombor telefon Julian. Sayangnya, panggilannya tidak bersambung.

Dia sedar akan sesuatu. Sudah pasti isterinya itu meneruskan siasatan tentang sebuah organisasi klon mereka. Tambahan lagi semalam, mereka berdua sempat bertegang urat angkara itu.

"You sedang hamil, Julian. Lagi pula, bila-bila masa saja you akan melahirkan anak kita. Jadi i takkan benarkan you pergi ke sana sesuka hati."

"I peduli apa! Biarkan i settlekan semuanya. Mereka dah melampau sekarang ni. Agensi yang grandpa i dan you tubuhkan, senang-senang saja mereka nak rosakkan. I tak peduli. You izinkan atau tidak, i tetap akan pergi!"

Julian menolak tubuh Albert seraya berlalu keluar dari pejabat suaminya itu.

'Julian, you tetap degil macam sebelum-sebelum ni. I fikir kalau kita dah ada cahaya mata, you akan fikirkan diri dan nyawa you. Tapi rupa-rupanya, tak. You semakin degil adalah... haih.' Ayat tersebut hanya berlagu dalam hati.

Seperti biasa, dia akan membiarkan isterinya itu reda daripada amarahnya dahulu. Nanti, barulah dia pujuk lagi.

Bukan dia tidak ambil berat tentang organisasi yang dia sedang pikul sekarang ni, tapi dia pentingkan keselamatan Julian. Lebih-lebih lagi isterinya itu tengah sarat mengandung.

Selang beberapa hari, dia mendapat khabar bahawa ada penduduk orang yang melihat Julian telah pergi ke sebuah tempat yang dikenali sebagai Pulau Batu.

Siapa tidak kenal Julian, dialah satu-satunya agen perempuan yang cekap dan tangkas ketika menjalankan sesebuah misi. Ditambah lagi tekadnya selalu saja bulat walaupun dia tahu marabahaya sedang menanti untuk membaham dirinya.

Kedegilan isterinya itu berlanjutan walaupun setelah bernikah dengan Albert.

Tamat imbas kembali.

"Ayah bergegas nak ke Pulau Batu, tetapi ayah terlambat nak selamatkan ibu kamu, D. Dia tewas dalam letupan itu setelah melahirkan kamu."

Sebuah kenyataan berat lagi yang menghempap diri D. Walaupun tidak sempat mengenali si ibunda, hatinya tetap berasa sayu.

"Selang sehari ayah tunggu tapi tak ada lagi bunyi ledakan di mana-mana, barulah ayah berani pergi ke Pulau Batu dan mencari ibu kamu."

Air hangat bertakung di kelopak matanya, "Keadaan ibu kamu saat itu amat menyedihkan. Ayah menyesal sebab tak jaga dia elok-elok. Ayah juga dapat tahu bayi dalam kandungan itu sempat diselamatkan orang."

D meraup wajah sambil menadah telinga.

"Bertahun lamanya juga ayah nak stabilkan emosi. Yalah, siapa saja yang tak gila kalau isteri tercinta mati dalam keadaan tragis macam tu? Nak-nak lagi, bayi yang dikandungkan lesap macam tu saja. Itu pasallah bila ayah dapat tahu yang kamu masih hidup, ayah gembira sangat."

Albert mengesat air matanya sebelum menyambung cerita.

"Bila ayah tengok kesungguhan dan kedegilan kamu sekarang ni, saling tak tumpah macam ibu kamu, Julian. Ayah juga senang hati bila Mior jaga kamu dengan baik. Selama dua tahun kebelakangan ni, ayah selalu tengok perkembangan kamu, D. Cuma dari jauh sajalah. Hmm."

Untuk ke sekian kalinya, D terperanjat disebabkan pengakuan tersebut. Namun begitu, dia juga inginkan kepastian.

"Err... ak... aku nak tanya pasal organisasi klon tu. Apa maksudnya?"

Dengan tenang Albert menjawab, "K.O.D. Organisasi ni masih wujud sampai sekarang. Ia berfungsi melindungi rahsia kerajaan dan masalah negara. Kami bekerja di sebalik tabir. Tak ramai yang tahu pasal ni. Cuma disebabkan ia terlalu rahsia, sepasang kembar pula yang nak claim."

"Sepasang kembar? Siapa?" tanya D lagi. Dia semakin tertarik dengan organisasi yang Albert ceritakan itu.

"Tera dan Naz. Mereka berdualah yang bertanggungjawab atas semua yang berlaku selama ni. Mujurlah Naz dah kena berkas. Kalau tak, makin menjadi-jadi mereka conteng arang atas nama K.O.D."

Dahi D berkerut, "Eh, habis tu? Tera tak kena tangkap juga ke?"

Si ayah menggeleng seraya menjawab, "Dia dah meninggal dunia sebelum K.O.D tangkap dia."

"Hurm, macam tu. Jadi, pejabat K.O.D ni sekarang ada di mana?"

Albert mengukir senyuman tatkala pertanyaan anak lelakinya itu muncul.

"Kenapa nak tahu? Berminat nak jadi agen K.O.D juga ke?"

D menggosok belakang kepalanya sambil tersengih.

"Nak tahu saja. Belum tentu berminat..."

"I see. Tapi Mior pernah bagitau ayah yang kamu bercita-cita nak jadi superhero. Jadi agen K.O.D pun boleh dikatakan superhero juga. Tak nak isi borang?"

1227 patah perkataan
15 Oktober 2022
10:30 pm














You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 15, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Siling (2020)Where stories live. Discover now