Part 52

4.2K 112 2
                                    


Tok! Tok!

Pintu bilik itu dipandang Arwa. Siapa lagi nak ketuk pintu biliknya itu kalau bukan Daniel Tan? Dah mereka berdua sahaja di dalam rumah ni. (Yakinnya kamu..😌)

"Nak apa?" Laung Arwa dari atas katil.

"Can we talk?"Ujar Daniel Tan dibalik pintu yang masih tertutup rapat itu!

Talk..Talk..Waklu...

"Saya penat nak tidur!!..
Esok-esoklah..!"

"Sekejap je sayang..Pleaseeee...!!" Rayunya disebalik pintu itu.

Sekejap Daniel Tan bukan boleh pakai...Huh!

"Taknak!"Aku dah bersedia nak berkelubung.

"Buka pintu ni sementara abang masih berlembut Arwa!....Jangan sampai abang pecahkan semua pintu dalam rumah ni, biar Arwa takda tempat nak sembunyi lagi!"

Itu la dia..Sikit-sikit ugut...
Sikit-sikit ugut...Seligi baru tahu!

"Abang kira sampai tiga Arwa!...
Jangan ingat abang main-main!"

Dengan geram aku bangun juga dari katil. Sempat lagi aku melayang penumbuk angin ke arah pintu bilik. Acah-acah aku menumbuk Daniel Tan!

"Nak cakap apa? Cepat sikit!"
Pintu bilik aku buka dengan luas, aku sandar sebelah badanku di bingkai pintu.

"Haih! Sejak bila kena catu nak bercakap dengan isteri ni?"

Tsk!

Nak main-main pula apek ni!

"Okey fine..!"Baru je nak tutup pintu, tangannya menghalang.

"Okey..Okey...Abang serius! Ikut abang..!"Tangan Daniel Tan pantas menyambar lengan isterinya itu. Kena perlahan-lahan jalan, isterinya itu sedang mengandung. Dia taknak ambil risiko.

"Tadi kata nak cakap kan? Ni kenapa sampai nak tarik-tarik ni?"Aku cuba merungkaikan pegangan dia.

Daniel Tan hanya buat pekak sahaja dengan soalan isterinya itu.

"Jawablah saya tanya ni? Daniel!"Percuma dia menjerit sampai ke langit tujuh pun. Suaminya itu tetap berdegil!

Dia mengambil kunci kereta, lalu dibawa isterinya itu keluar dari rumah. Mujurlah rumahnya ini ada suis automatik. Apabila pintu utama berkunci dari luar, kesemua suis akan automatik terpadam. Hanya lampu porch sahaja terpasang. Canggih kau!

"Masuk!"Satu patah perkataan sahaja dikeluarkan namun tidak diendah oleh Arwa. Apa dia ingat kita ni anak ayam agaknya? Suka-suka je memaksa!

"Awak nak bawa saya pergi mana? IC saya semua dekat bilik...Saya taknak keluar!"

"Anggap sahaja yang abang selalu selangkah awal daripada sayang.."Dia menunjukkan IC aku ditangannya! Bila masa dia masuk bilik ambil semua ni?...Eeeee! Tak suka betul apabila lelaki ini selalu bersedia!

"Well..This is your husband..
Always be prepared..! Sekarang masuk! Atau nak abang paksa juga?"

"I hate you!"Aku lantas masuk ke dalam kereta sambil pakej jelingan maut lagi!

Daniel Tan tidak menutup pintu kereta sebaliknya dia menunduk sedikit agar separuh badannya masuk ke ruang tersebut. Tali pinggang keselamatan ditarik lalu dipasang ke tubuh isterinya.

"I know..But, I love you.."Sempat satu ciuman hinggap di dahi isterinya sebelum pintu kereta ditutup.

Terkesima jugalah Arwa dengan tindakan spontan Daniel Tan itu. Tapi dia kawal balik riak wajahnya, nanti mamat ni perasan pula!

.......
TBC
.......

Gaduh je depa ni....Pang sat gi baru ada akai.....🙄🙄🙄

Okey....enough for today...see u soon....

Under Mission : [Seduce Him]Where stories live. Discover now