Part 34

4.9K 146 0
                                    

Jam di handphone aku lihat, Sudah pukul 2 pagi. Jujur, aku tak terlelap langsung. Dia tidur dah ke? Tengoklah Daniel Tan...Bertapa susah aku nak usir kau dalam benak ku. Sehingga saat ini, aku masih fikirkan kau! Kenapa kau selalu buat aku begini? Tak cukupkah layanan aku sebagai bukti yang aku sayang engkau seorang?

Aku sandar di kepala katil. Hish! Aku benci kau Arwa Dariya! Selimut aku selak, lalu aku turun dari katil. Dapur menjadi destinasiku.

Panahan dari lampu jalan tak menjejaskan penglihatan ku di sekitar ruang tamu. Baru sahaja aku nak teruskan langkahku ke dapur, aku berhenti. Terdengar dengkuran halus terhasil di sebalik sofa itu.

Aku menghampiri sofa itu, betul jangkaan aku. Daniel Tan tidur disitu. Meringkuk badannya menahan kesejukkan malam. Bilik di rumah ni ada lagi dua..Yang tidur sini kenapa? Lantak kau lah! Aku teruskan perjalanan ku ke arah dapur. Cepat aku selesaikan masalah haus ku, cepatlah aku masuk bilik!

****

Boleh tak aku ketuk je kepala aku ni? Kenapa kaki masih melangkah ke sini sedangkan akal aku melarang? Sedar la Arwa, kau memang tak boleh hakis nama dia...Hish!

Aku merapati sofa tadi, selimut digenggaman, ku pegang erat. Berhati-hati aku selimutkan badan Daniel Tan. Aku selimutkan sehingga paras bahu, aku betul-betulkan selimut itu supaya tak melurut jatuh ke bawah. Setelah puas hati, aku nak berlalu dari situ. Kemudian...

"Arwa.."Tanganku dipegang.

Aku pejam mata. Hish, dia sedar pulak dah...

"Hurm....Nak apa?"Tanyaku, masih membelakanginya.

"Thanks.."Ucapnya. Masih tak lepas dari pegang tanganku.

"Hhmm.."Itu sahaja aku balas.

"Abang sayangkan Arwa.."
Selepas itu, tanganku dilepaskan.

Aku memusingkan diri untuk melihat si dia. Aku nampak ada cecair keluar dari penjuru matanya yang sedang terpejam itu. Menangis kah lelaki itu? Terasa sakit dalam hatiku bila dia begitu. Tanpa berlengah lagi, aku berlalu dari situ.

****

Jam menunjukkan pukul 9 pagi, lepas subuh tadi. Aku nampak Daniel Tan baring semula di atas sofa. Dah 2 malam dia tidur disitu, kesian memang kesian...Tapi...Ergh! Aku pandang dia semula..

Dia ni bila nak balik KL semula? Dah hari isnin ni, takkan tak kerja? Aku dekati sofa tersebut, niat nak kejutkan Daniel Tan.

"Awak..Bangun...Awak tak balik KL ke?"Tiada sahutan darinya.

"Daniel..Bangunlah..."Ulangku lagi. Masih sama keadaannya.

"Awak!"Aku menyentuh lengannya pula.

Zap!

Terkejut aku apabila suhu badannya terasa lain. Segera aku raba leher dan dahinya. Sah!

Daniel Tan demam!

"Daniel...Hey, bangun....Awak demam ni, Daniel!"Aku mengejutkannya lagi.

"Arwa..."Aku dengar suaranya memanggil namaku. Perlahan-lahan aku lihat matanya terbuka.

"Awak demam Daniel, jom pergi klinik..."Perasaan risau menyerbu diriku.

"Abang tak larat Arwa..Abang nak baring, kepala ni macam nak pecah.."Adunya.

Cemas aku dibuatnya. Sepanjang kami kahwin, mana pernah si Daniel Tan sakit...Hish, cuak aku!

"Bangun Daniel, baring dekat bilik...Jom, dekat sini tak selesa.."Aku dah sedia nak papah dirinya.

Dia bangun tanpa membantah. Tangannya aku lingkarkan di bahuku. Terasa bahang badannya saat kami berdekatan begini.

Aku segera mengambil tuala kecil lalu aku basahkan dengan air paip. Setelah diperah, aku letak di atas dahinya.

"Sayang..Apa ni? Sejuk.."Dia memegang tuala yang berada di atas dahinya.

"Biar suhu awak turun sikit. Jangan usik...Tunggu sekejap, saya masakkan awak bubur.."Aku bangun dan berlalu ke dapur pula.

Beras dicuci sehingga bersih lalu aku renekkan di atas dapur. Mujurlah, bahan mentah ada lagi. Aku potong cebisan ayam untuk dimasukkan ke dalam bubur. Orang sakit ni bukannya ada selera nak makan sangat. Bolehlah tu, buat rasa sikit.

Beberpa minit kemudian, bubur yang dimasak, aku kaut letak dalam mangkuk. Air masak aku tuang ke dalam gelas. Alamak, aku mana ada panadol...Haish!

......
TBC
......

See u when I see you...
👋👋👋👋

Under Mission : [Seduce Him]Where stories live. Discover now