Part 3

5.6K 178 0
                                    

First night?

Penat aku beli baju haram ni tau..Dahlah mahal...Sikit pun dia tak tergugat..Lepas sahaja dia keluar bilik air semalam, terus dia tidur di sofa..Takpayah tunggu berebut katil, dia dulu menyerah diri tidur di situ. Cehhh, ingat tengah berlakon drama ke? Nak tidur dekat sofa bagai...

Jam yang berbunyi itu membangunkan aku dari lena. 6 pagi. Aku bangun dari katil dan berjalan menuju ke bilik air untuk mandi. Harini aku akan pastikan kami subuh berjemaah. Setelah beberapa minit, aku selesai mandi...Tuala putih yang paras lutut itu aku lilit kemas di badan sebelum keluar dari bilik air. Meh kita kejut husbaby kita..huhuhu...

"Husband...bangun...Jom kita solat...."Lengannya yang terdedah itu ku usap manja. Sebab ni aku tak ambil wudhu lagi..Nanti takboleh pegang...Hehehe...

Dia aku nampak sudah bergerak sedikit namun mata masih lagi terpejam.

"Husband......Ohhhh...Husband....Bangunlah, dah subuh ni..."

"Maa...Can you give me 5 more minutes...Niel ngantuk ni..."

Sah dia mamai...Ada ke aku ni dia ingat mama dia...Choiii...!

Aku rapat ke telinganya, Ya Allah, tidur-tidur pun wangi woiii....Haruman ni buat aku bergetar tulang lutut...Hahahahaha....

"Sayangggggg....Better awak bangun sekarang.....Dengar suara awak yang husky tu pun saya dah geram, jangan sampai awak hilang teruna awak subuh ni...."

Pap!

Terbuka luas mata lelaki itu...Amboiii....Takut sangat hilang teruna dia tu....Apolah!

Daniel Tan pusing kepala ke kiri dan terus matanya dihiasi wajah sang isteri..Siap package berkemban lagi. Berderau dirinya. Kalau semalam pun dia hampir tergugat, apatah lagi pagi ni..Dengan keadaan isterinya seperti itu. Tebal mana sangat lah imannya itu? Dia pun lelaki normal. Air liur kesat di telan payah. No Niel...Kau takboleh kalah...Terus tegak 90 darjah badannya.

Arwa nampak wajah tak keruan Daniel Tan. Senyuman sinis terhias di bibir. Pertahankan lah ego awak tu, saya nak tengok sampai bila awak nak junjung ego tu..

"Kau dah kenapa berkemban pagi-pagi buta ni? Gila?" Ada nada tegas di situ. Lahhh marah pula, aku yang berkemban dia yang panas, apehal?

Arwa ambil tempat di sofa, di sebelah suaminya. Tangan mula meliar di lengan si suami.

"Takpayah sentuh-sentuh aku boleh tak...Tepilah.."Wow...Dia tepis ya tangan aku yang mulus ni? Terasa? Nope...Aku tahu ini baru sikit layanan kasarnya terhadap ku...Nak taknak aku kena tepis rasa kecewa tu, sebab ini juga apa yang aku mahu.

"Pagi-pagi lagi dah badmood awak ni...Husband, saya kejut ni nak ajak awak berjemaah...Jom kita solat sama-sama....Awak imam, saya makmum.....Sounds romantic right?"

"Sounds romantic, right?"Dia mengajuk cakap ku dengan mulutnya tersenget-senget. Sepatutnya aku kena terasa tapi tak. Aku jadi nak gelak pula sebab dia nampak comel...Hahahaha..Kau memang gila lah Arwa Dariya..

Selepas itu, dia bangun dari sofa. Tuala dari penyidai di ambil sebelum menuju ke bilik air. Aku mengikutnya dari belakang. Apabila sampai di pintu bilik air, aku juga mengikutnya melangkah ke dalam.

"Eh..Eh..Apsal kau masuk juga..?" Halangnya.

"Laaa...Saya nak ambil wudhu la..."

"Bagi aku mandi dulu takboleh ke...Sibuk nak masuk juga dalam ni.."

"Awak mandi jelah dekat situ, saya guna paip yang belah sini..Apa masalahnya? Saya tak kacau pun awak mandi.." Aku lihat dia memusatkan mata di tempat mandi tu...Hanya kaca lutsinar yang memisahkan ruangan itu dengan ruangan sebelah sini. Dia telan air liur. Ouuhhhh..Aku paham!

"Kenapa? Awak malu ke dengan saya?"Kening ku terangkat-angkat...Bahahahaha....Wa cakap dengan lu, muka dia dah macam kena telan belacan woii....

"Ehem...Jangan nak perasan...."Matanya mencerlung ke arah ku...Sebelum jarak kami dia dekatkan.

"Aku takut kau je yang tergoda bila tengok aku naked mandi dekat dalam tu.."Dia berbisik perlahan.

Okey jujur...Naik juga la bulu roma aku bila dia cakap macam tu..Tapi!..Sekejap jela...Bahahahaha...

"Welll..Husband....Dengan berbesar hatinya saya terima tawaran awak tu....Bila lagi nak tengok awak mandi macam tu, right?"

What the....Perempuan ni memang gila la..Gatal pula tu..Macam mana mama boleh berkenan pun aku tak tahu..Takda rasa malu ke apa minah ni?

"So...Cepatlah mandi....Sempat lagi ni nak tengok awak mandi..."Kata Arwa lagi.

"Gila!..Cepat la ambil wudhu tu..Bagi aku mandi dengan tenang boleh tak? Serabut betul!"Setelah itu dia keluar dari bilik air dan membiarkan aku seorang di dalamnya. Cehhh...Takut la tu...Siapa perempuan ni? Aku pula yang terlebih berani....Aigooo!

Under Mission : [Seduce Him]Where stories live. Discover now