Part 40

4.8K 118 1
                                    

Tak lama lagi kami akan sampai ke destinasi. Daniel Tan yang berada disebelah, aku kerling. Masih fokus menghadap ke jalan raya dengan shade terletak elok di batang hidungnya.

"Do you need anything?"Tegurnya.

"Hah?"Terkejut ku dengan soalannya yang tiba-tiba.

"Abang tanya, sayang nak apa-apa ke? Dari tadi pandang abang.."

"Ouh..errr...Awak nak tukar tak?..Berhenti dekat R&R depan sana, saya drive pula.."Kantoi pula duk tenung suami sendiri.

"Takpe...Abang okey lagi nak drive sampai KL.."Balasnya sambil pandang aku sekilas.

"Up to you.."Aku membalas. Orang dah taknak, takkan nak paksa pula kan?

Beberapa minit kemudian, aku nampak dia nyalakan signal ke kiri. Kereta aku yang dipandu Daniel Tan masuk ke kawasan rehat Genting Sempah. Eh, tadi taknak aku drive. Ni kenapa masuk sini pula..

"Jom!"Kereta sudah masuk ke kotak parkir. Dia memandangku, shadenya sudah dibuka dan disangkut di leher baju.

"Huh? Pergi mana?"Aku blur.

"Makanlah sayang....Sekarang dah pukul 1 lebih...Lepas makan, kita solat jamak terus...Come." Dia sudah matikan enjin kereta lantas keluar dari perut kereta. Pintu di sebelah ku, dia buka dari luar.

"Terima kasih.."Ucapku saat dia membukakan pintu untuk ku.

"Kasih sayang, dah lama abang terima."Dia kenyit mata padaku.

Hurm, tang matahari duk tegak atas kepala la dia nak buat sweet pun..Aku hanya menunduk mendengara kata-kata Daniel Tan.

Selepas itu, dia sauk jari-jemari ku dengan jari-jemarinya yang kasar itu. Kami berdua berjalan sambil berpegangan tangan menuju ke tempat makan.

****

"Ya Allah...Rindunya mama dengan kamu Arwa....Kemana kamu pergi Arwa..?"Sampai sahaja di hadapan pintu rumah. Terus aku dipeluk oleh mama. Tak sempat nak bagi salam dah.

"Arwa okey je ma..Maaf, buat semua risau.."Aku urut belakang badan mama. Ada linangan di mataku. Terasa menjadi anak yang jahat pula kerana telah membuat mama risaukan aku begini.

"Alhamdulillah, kamu baik-baik je...Dah jom masuk, Niel call mama semalam. Kata kamu nak balik, macam-macam mama masak untuk anak mama ni...Jom.."Aku mengangguk dan memandang sekilas ke arah suamiku. Pandai-pandai je dia call mama. Aku baru nak buat suprise...Heh! Dia aku lihat hanya gosok tengkuknya. 

.....
TBC
.....

Under Mission : [Seduce Him]Место, где живут истории. Откройте их для себя