Part 24

5.8K 159 3
                                    

"Tahniah!..Puan hamil 5 minggu.." Kata Dr.Dinas.
Doktor yang merawatnya tadi.

"Ha..Hamil doktor?"

"Yup...Puan pingsan tadi disebakan tak cukup zat dalam badan. Lepas ni saya harap puan banyakkan makan, makanan yang mengandungi zat dan protein yang tinggi...Saya akan bekalkan vitamin untuk sokong tumbesaran bayi. Peringkat awal ni, puan kena jaga kandungan..
Jangan terlampau stress dan buat kerja yang berat.
Sebab kandungan masih belum kuat...Saya harap puan berjaga-jaga..."

"Baik..Terima kasih doktor.."

"Sama-sama...Sekali lagi, tahniah puan..." Kami berdua berbalas senyuman.

Keluar sahaja dari bilik rawatan, terus Kie menyerbu aku.

"Doktor cakap apa weh?
Kau okey?"

"Errr, kita sembang dekat rumah boleh?" Tak selesa nak sembang dekat sini, sudahlah ramai pesakit di ruangan ini.

"Okey..! Jom kita balik..." Kami berdua bergandingan keluar dari klinik setelah selesai mengambil ubat dan membuat pembayaran.

Dalam perjalanan balik, kami lalu di gerai yang menjual buah-buahan. Mataku tiba-tiba terpaku kepada buah pelam muda itu. Dari jauh lagi aku sudah nampak warna hijau yang menggoda itu.

"Kie..Stop dekat gerai buah tu jap.."

"Haa..Okey...Okey..."

Berhenti sahaja Kie di hadapan gerai, segera aku keluar. Bila dah tahu mengandung ni. Terus nafsu makan aku melonjak naik. Mengidam pula nak makan buah pelam muda.

"Bang...Pelam ni masam tak?" Tanyaku kepada penjual buah itu.

"Masam dik, pelam rapuh ni....Nak beli? Sekilo RM12"

"Nak...Bagi saya 2kg..."

"Mak aii..Banyaknya sampai 2kg...Kau nak buat kenduri ke?"Kie sudah berdiri di sebelah ku.

"Nak buat kenduri apanya...
Nak makan la.."

"Nah dik..2kg..Semua sekali RM24.."

Aku hulur RM30 kepada penjual tersebut. Niatnya, duit lebih aku nak sedekah. Rezeki abang tu harini.

"Balance dia abang simpan ye..
Terima kasih..."

"Eh..Banyak ni dik..Jangan macam tu..."

"Takpe bang, saya ikhlas..."

"Kalau macam tu, terima kasih..Abang doakan adik murah rezeki.."

"Sama-sama, terima kasih bang.."

Aku dan Kie berjalan ke arah kereta...Dah lepas mengidam yang pertama. Patutlah dia tak datang period..Ada sebab rupanya, perlahan dia usap perutnya.

Baru je Kie nak bawa kereta masuk ke tengah jalan, Kie brek mengejut.

"Astaghfirullah..Kenapa ni Kie?"Aku pegang perut aku.

"Bodoh betul la kereta BMW tadi...Tahulah kereta mahal, sesuka hati dia je bawa laju...Agaklah! Kawasan kampung kut.."

"Nasib baik tak jadi apa-apa...Kau okey tak Kie?"Aku pandang ke hadapan, melihat kereta yang dikatakan Kie itu.

"Aku okey...Dah jom balik..."Aku mengangguk sahaja.

*****

"What? Kau...."Dia membesarkan perutnya seakan menunjukkan perut membesar.

"Ye..Aku mengandung....Dah 5 minggu..."Aku letak buah pelam yang siap dikupas tadi di atas meja. Siap dengan pencecah lagi.

"Wow...Aku nak jadi aunty hot la lepas ni.....Tak sabarnya...."Kie sudah riang bertepuk tangan.

Aku ambil satu hirisan buah pelam lalu aku gigit..
Errmmmm..Sedapnyaaaa! Terpejam mata aku sebab nikmat sangat rasa dia.

"Errr..Kau taknak bagitahu husband kau?"

"Uhuk..Uhuk.."Terbatuk aku dengan soalan Kie. Lupa pula aku dengan kenyataan itu. Perlu ke aku bagitahu Daniel Tan tentang kandungan ini?

"Nah kau taknak makan? Sedap tau pelam ni....."Aku hulur pinggan yang berisi buah pelam itu.

"Alih topik la tu..."Kata Kie..

Aku tersenyum sahaja...Malas nak bahas soal itu sekarang.

Under Mission : [Seduce Him]Where stories live. Discover now