Part 18

5.2K 162 0
                                    

Aku tengok kalendar. Tinggal sebulan lagi masa untuk bersama Daniel Tan.. Cepatnya masa berlalu. Aku tenung sebentar diriku dalam pantulan cermin. Dalam beberapa minggu je lagi, aku akan pergi dari hidup Daniel Tan..Kenapa sakit sangat dekat sini? Aku menyentuh dadaku.

Aku tarik nafas dalam dan ku hembus perlahan. Aku takda masa nak sedih sekarang. Masa yang ada, sepatutnya aku gunakan untuk bersama Daniel Tan. Aku nak cipta sebanyak yang mungkin memori bersama dia. Aku basuh muka dan keluar dari bilik air. Ruang tamu menjadi destinasi ku.

Aku nampak Daniel Tan duduk di sofa sambil menonton perlawan bola antara Malaysia dan Thailand. Aku ambil tempat disisinya. Lalu tangannya aku ambil dan aku lingkarkan di bahu ku. Daniel Tan tak cakap apa-apa, mungkin dah biasa dengan tindakan aku.

"Abanggg...!"

"Hurrmm?"

"Esok abang cuti kan?"

"Haah..Esok dengan ahad aku cuti, kenapa?"

"Kita keluar dating nak?"

"Hah, dating?"

"Haah...Boleh kan? Kita tak pernah dating berdua.."

"Nak pergi mana?"

"Genting nak?"

"Hurmm..Okeylah...Bawa baju lebih, kita tidur sana.."Katanya.

"Serious? Waaaa..Seronoknya, thank you abang.." Aku terlalu gembira hingga aku cium pipinya..Arrghh..biarlah, suami sendiri kut...

"Abangggg.."

"Apa lagi Arwa, aku nak tengok bola ni.." Jawabnya malas...Ish,tak romantik langsung tau..

"Sekarang team Malaysia lawan Thailand kan?"

"Haah..So?"

"Kita bertaruh nak? Team mana yang kalah kena denda.."

"Denda apa?"

"Kita tak payah reveal sekarang, siapa kalah nanti baru reveal. Deal?"

"Okey, proceed.."

"Kita osom...Siapa menang, pilih team dulu.." Sekarang kedudukan mata adalah seri. Malaysia satu, Thailand juga satu. Berbaki 20 minint sahaja lagi untuk perlawanan bola itu tamat.

"One two osom!" Aku keluarkan gunting, Daniel Tan keluarkan kertas. So Arwa menang.

"Okey....Arwa menang!!....
Ermmmm..Arwa nak pilih Thai..."

"Apsal tak pilih Malaysia? Kau derhaka eh dengan negara sendiri!"

"Malam ni je, Arwa derhaka...Esok tak derhaka dah..Hehehehe..Kenapa? Abang takut Malaysia kalah eh?"

"Apa-apa jelah Arwa...Jangan menangis bila kalah nanti.." Balasnya sinis.

"Okey-okey...Kita tengok nanti, siapa yang nangis..."

Satu minit lagi nak tamat perlawanan satu team berjaya menjaringkan goal...dan....

"Golllllll.....Yes......!!!!" Malaysia berjaya menjaringkan gol pada minit terakhir. 2-1. Ish, macam mana boleh kalah pula ni? Selalu aku ada luck kalau main game macam ni. Tsk!

"Nasib baik je tu..Kalau tak, Thai menang...." Kataku.

"Whatever dear...Dah kalah kan, so terima dengan seadanya."

"So..Apa dendanya?"

Daniel Tan meletakkan jari dibawah dagu seakan sedang berfikir.

"Aku takda idea lagi denda apa nak bagi dekat kau..Since aku dah ada idea I will let you know...Sekarang aku nak naik tidur, esok nak gerak pergi Genting...bye!"

"Abang!"

"Apa lagi Arwa Dariya binti Johan?"

"Dukung Arwa naik bilik boleh?..Pleaseeeeee..." Aku membundarkan mataku ala-ala puppy eye.

"Eh..Mengada kau kan?...Aku yang menang kau pula minta dukung bagai..."

"Ala pleaseeee...Abang tak pernah dukung Arwa...Arwa teringin...Pleaseee..Pleaseee.."

Apa lagi yang Daniel Tan boleh cakap selain menerima permintaan Arwa.

"Yelah....Sini...Kau nak aku dukung macam mana?"

"Yesss!" Aku yang duduk atas sofa itu terus meloncat turun dan menghampiri suamiku.

"Piggyback, boleh?"

"Hurm..Naik belakang aku.." Daniel Tan sudah membongkokkan badan supaya senang untuk Arwa naik di belakangnya.

Mereka kini sudah berada di tengah anak tangga..

"Kalau awal perkahwinan kita, kita macam ni kan best...kan bang kan?"

Daniel Tan tersentak. Teringat kembali di awal perkahwinan mereka. Hanya kata-kata sindir yang sering keluar dari mulutnya buat Arwa. Hurmmm..Kenapa aku rasa macam ni?

"Duduk diam-diam Arwa, tangga ni tinggi..Ada pula yang jatuh masuk ICU esok.." Hanya itu jawapan yang dibalas Daniel Tan. Kaki Arwa yang bergoyang riang dari tadi terus berhenti, mentaati arahan si suami.

Under Mission : [Seduce Him]Where stories live. Discover now