Part 27

5.9K 168 1
                                    

Aku rasa nak marah je sekarang ni dengan Kie...Suka-suka je dia bagitahu Daniel Tan keberadaan ku. Dan sekarang lelaki itu terpacak dekat depan pintu rumah aku!

"Awak buat apa dekat sini?" Soalan bodoh ku utarakan.

"Jumpa isteri abang la..Arwa expect apa?" Tadi selesai sahaja Kie menunjukkan kawasan kebun, terus aku heret Kie balik..Ditinggalkan sahaja mamat dua orang tu di situ.

"Dah malam ni..Awak balik la..."Kami masih berdiri di pintu utama.

"Errrr...Rezza dah balik tadi, jadi abang takda tempat nak tinggal..Abang tumpang sini boleh?"

"What?" Dah kenapa dia tak balik sekali?

"Abang lapar ni...Arwa masak apa?"Tanpa pelawaan terus badan ku dirempuh...Taklah kuat mana, tapi teralih la juga aku dari pintu tu. Sekejap je, dia sudah masuk ke dalam rumah.

"Awak...Apa awak buat ni...Keluar...Nanti orang kampung nampaklah, tak manis.." Dia masih lagi berdiri di pintu utama dengan pintu masih terbuka luas.

"Biarlah...Kita kan suami isteri...Kalau kena tangkap nanti, kita tunjuk la kad nikah..."Yooo...Sesenang ABC dia berkata. Hish!

"Daniel Tan...!"

"Malam ni je Arwa...Arwa tak kesian dekat abang ke? Lagipun tadi abang tanya Kierah homestay yang kosong, dia kata semua fully booked....Esok kan hujung minggu, mesti ramai bercuti la tu.."

"Then, kenapa awak tak ikut Rezza balik?"

"Err...Arwa marah abang sekejap lagi boleh? Abang lapar la, takda tenaga ni nak berlawan cakap dengan Arwa...Dari tengah hari lagi abang tak makan....Pleasee?"

Ikutkan hati, nak je aku halau dia dari rumah ni. Pedulilah suami ke apa.. Tapi, jauh di sudut hatiku, Aku masih lagi memikirkan tentang dirinya. Susah kalau masih ada rasa sayang dalam hati!

"Fine..Malam ni je...Esok awak balik.." Mengalah juga aku...Dah malam dah pun, nak dihalau tak sampai hati.

"Okey..."Dengan gembira sekali dia membalas.

****

"Lamanya abang tak makan air tangan Arwa...Rindunya abang..."Aku hanya memerhati sahaja dia yang sedang makan. Berselera betul, dulu takda pun macam ni...Tiba-tiba dia senyap, aku nampak dia menunduk.

"Jahat kan abang? Patutlah Arwa tinggalkan abang...Suami jenis apa lah abang ni..." Tiba-tiba suasana jadi merundum.

"Hhhmmm..Awak dah sudah ke?"Aku alih topik..

"Dah sayang....Banyak abang makan, tak pernah abang makan sampai bertambah 3 kali..." Aku nampak dia nak angkat pinggan namun cepat aku halang.

"Eh takpe...Letak je, nanti saya basuh..Awak pergilah mandi, solat apa semua..."

"Takpe...Sikit je ni...Thanks sayang.." Apa lagi aku boleh buat? Hanya angguk jela..

Under Mission : [Seduce Him]Where stories live. Discover now