Part 7

5.1K 162 1
                                    

Ting! Tong!

Bunyi loceng rumah mengejutkan ku. Jam di dinding ku telek. Sudah pukul 10 malam. Sejak bila pula mamat ni reti tekan loceng? Kalau balik dari office tu, dia main terjah je masuk rumah.

Ting! Tong!

Bunyi loceng rumah sekali lagi menyentak ku. Baju pijama serta rambut, aku rapikan.

"Puan!" Aku nampak Ferdi, pekerja suami ku sedang memapah Daniel Tan.

"Eh..Kenapa suami saya ni Ferdi?"Aku mengambil clucth bag yang dihulur Ferdi lalu aku letak di sofa yang berdekatan, kemudin aku kembali lagi ke muka pintu.

"Masuklah Ferdi, letak dia dekat sofa tu."Arahku. Lalu ruang aku beri buat dia dan suami aku masuk. Mabuk ke suami aku ni?

"Saya pun tak tahu kenapa dengan bos. Tadi masa dia nak balik, dia minta saya drive. Katanya pening kepala...Sampai terhuyung-hayang dia jalan..."

"Did him take an alcohol?"
Tanyaku risau. Takkan la suaminya nak sentuh benda haram tu?

"No puan. Event tadi memang takde sediakan minuman beralkohol..Saya pun taktahu bos kenapa..Puan nak kita hantar dia ke hospital ke?"

"It's okay..Saya handle dia..Awak boleh balik and thanks ye.."

"Kalau macam tu, saya balik dulu ye puan...Assalamualaikum.."

"Waalaikumusalam.."Aku menghantarnya ke muka pintu. Hilang sahaja kelibat Ferdi, pintu utama ku tutup dan ku kunci. Aku hampiri Daniel Tan. Muka dia yang putih tu sudah bertukar merah. Tangan yang mahu menyentuh dahinya tiba-tiba ditangkap oleh Daniel Tan.

"What are you doing?" Katanya dengan suara yang tertahan. Betul ke tak mabuk dia ni? Tapi memang takda bau yang tak menyenangkan pun, bau maskulin adalah!

"Muka awak merah... Awak demam ke?"

Lalu biji mata berwarna coklat pekat itu tajam merenung aku. Tertelan juga air liur aku..

"Aku tak demam..."Halkumnya aku lihat rajin naik turun. Dahaga sangat ke apa mamat ni?

Daniel Tan pelik dengan diri sendiri. Panas betul rasa dalam dirinya sekarang ini. Arwa Dariya yang berada di hadapan matanya seakan memukau. Terasa ada satu rasa yang sedang bergelora dalam dirinya. Hish, kenapa dengan aku ni?

"Awak nak air? Saya ambilkan.."Belum sempat aku bangun, lengan ku pula disambar Daniel Tan. Okey..Ini weird...Dah kenapa mamat ni suka nak pegang-pegang aku pula? Kalau tak, dah macam kena najis mughalazah bila aku pegang dia!

"Bawa aku naik bilik...Aku nak mandi, panas!"Arahnya.

Ouhhh..Cakap jela nak naik bilik, takpayah sampai nak pegang-pegang...Eh..eh kau...Bukan kau suka ke? Eh yeke aku suka? Mana ada..Mengarut je...

Aku berdiri lalu lengan dia yang sebesar betis aku tu, aku sangkutkan di bahu. Pinggangnya pula aku rangkul.

"Tangan awak tu peluk saya, nanti jatuh..Bukan awak sorang je, dengan saya-saya sekali tersungkur." Dia aku nampak malas nak layan celoteh aku, lantas terus peluk pinggang aku. Tersentak juga la sedikit badan aku. Tell you yaa..Aku ni memang la dah banyak kali goda dia ni, tapi untuk merasa sentuhan dia tu belum lagi plus kami tak pernah seintim ini..Jadi normal la kan aku terkejut..

Masa naik tangga tu, aku rasa sentuhan nya makin menjadi lembut. Siap dibelai lagi tu.. Ni yeke takboleh jalan, ke ambil kesempatan? Huh!

Dalam keadaan sekarang, Daniel Tan semakin susah menahan gelora di hati. Sudahlah isterinya itu wangi. Aku ni kenapa? Aku ni ada telan pil kuda ke tadi? Sabar Daniel Sabar...Sikit lagi nak sampai bilik kau...

Apabila sampai di hadapan biliknya. Arwa memulas tombol pintu lalu mereka berdua memasuki ruangan tersebut. Arwa ingin membaringkan Daniel Tan di atas katil, tapi lain pula jadi bila Daniel Tan menariknya sekali jatuh ke atas katil. Kini Arwa berada di atas badan Daniel Tan.

Ige mwoya? Kalau ikut dalam scene drama..Selepas keadaan macam ni, pelakon akan ada adengan kiss...Tertelan air liur Arwa dibuatnya.

Under Mission : [Seduce Him]Место, где живут истории. Откройте их для себя