Part 26

5.9K 169 0
                                    

Setelah 10 minit perjalanan, kami sampai di kebun yang berukuran 4 ekar itu...Besarnya tanah ni, dulu selalu juga dia ke kebun ini semasa cuti sem.
Si Kie ni la ajak, kutip buah bila musim buah tiba...

Tapi sekarang semua pokok sudah ditebang...Tanah itu umpama padang jarak padang terkukur. Itu nampak semakin luas tu...Katanya, Pak Hassan jual untuk pembeli dari luar. Nak ditanam pokok pisang. Maklumlah, pisang tengah laku keras sekarang ni!

Handphone milik Kie berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

"Hello?..Ye saya Kierah, anak Pakcik Hassan..Ye encik, saya dah sampai kebun...Ouhh..Okey.." Panggilan ditamatkan.

"Siapa?" Aku tanya Kie.

"Pembeli tu la, diaorang on the way...Sekejap eh Arwa."

"Okey..No problem.."

Tak lama lepas tu, kendengaran bunyi enjin kereta memasuki kawasan kebun itu. Kami berpusing kepala.

"Macam kenal la kereta ni..."Ujar Kie...

Tak lama kemudian, keluar dua orang jejaka dari perut kereta tersebut. Dan apa yang membuatkan Arwa terkejut ialah.... Salah seorang darinya adalah orang yang sangat dia kenal..

"Arwa?"Kami bertentangan mata. Dunia seakan berhenti berputar.
Aku ditarik ke dalam pelukanya.

"Where have you being Arwa? You know how much I missed you?"Aku yang masih terkejut itu hanya terdiam. Katakan semua ni halusinasi aku. Walaupun aku bertudung sekarang, tak sangka dia masih mengenaliku.

"Nampaknya saya yang kena tengok kawasan ni..
Errr, cik Kierah right?"

Kie yang juga terkejut dengan jejak kasih itu tergandah kepada suara yang satu lagi..

"Apa dia encik?"

"Tunjuk saya the whole land, diaorang tengah jejak kasih tu..Jom..!"

"Arrr...Yelah, jom.."Mereka berdua meninggalkan aku yang masih dalam pelukan Daniel Tan..

"Errrr..Awak.."Bila tersedar terus aku tolak sikit tubuhnya, pelukan terlerai.

Aku tatap wajahnya..Terkejut aku apabila ternampak mutiara jernih di hujung matanya. Daniel Tan menangis?

"Arwa maafkan abang....Jangan tinggalkan abang lagi, pleaseee...Abang merayu.."Kini tanganku digenggam pula.Bersungguh dia merayu kepadaku.

"Awak buat apa dekat sini?" Bukan jawapan yang aku beri, malah soalan pula yang ku tanya.

"Abang ada inspect dekat sini sayang...Tak sangka abang boleh jumpa sayang dekat sini, jodoh kita masih kuat.."

Aku tak tahu nak jawab apa..Pertemuan ini sangat aku tak sangka...

Under Mission : [Seduce Him]Where stories live. Discover now