Part 13

5.3K 184 3
                                    

Selepas kejadian petang tadi, satu patah habuk pun aku tak bercakap dengan Daniel Tan. Aku tahu mama dengan papa perasan cuma mereka ambil pendekatan untuk tidak masuk campur. Depan mama dengan papa tadi, hanya Daniel Tan yang banyak bersuara. Aku hanyak angguk dan geleng bila perlu sahaja.

Kami berdua masuk ke bilik apabila selesai menonton cerita komedi. Cerita yang lawak tu pun tak mampu menghiburkan hati aku yang sakit ni. Semua sebab kata-kata lelaki ini. Baru sahaja nak berlalu ke bilik air, tanganku dipegang.

"What is wrong with you?"Tanyanya.

Aku cuba untuk lepaskan tanganku dari pegangannya. Semakin kuat pula dia pegang.

"Lepaslah!....Awak bukan tak suka ke saya pegang-pegang awak...Ni apahal nak pegang-pegang ni?"

"Kalau kau tak buat perangai tadi, takda maknanya aku nak pegang kau sekarang!"

Tengok! Balik-balik, aku je yang salah...Dia je yang betul...Apa hati aku ni dibuat dari batu konkrit ke? Kata-kata dia tadi memang betul-betul menyakitkan hatiku.

"Apa lagi ni Daniel? Nak tuduh saya apa pula kali ni? Lepaslah!"Aku menentang matanya dengan panahan membara.

"Kau sengaja nak biar mama dengan papa tahu situasi kita kan? Kau kenapa buat perangai tadi? Aku dah cakap kan? Depan family, we are lovely couple!"

Huh! Dasar hipokrit! Kau nak berlakon, berlakon lah sorang-sorang. Tak hingin aku!

"Maaflah, saya tak pandai berlakon. Apa kata, Encik Daniel buat ujibakat untuk cari calon yang boleh berlakon sama hebat dengan Encik Daniel..Lagi realistik dan bombastik!" Sinis sekali kata-kataku.

"Kau!"Ditolaknya aku sehingga belakang badanku menyentuh dinding.

"Apsal? Betul la apa saya cakap..Saya ni kan hanya tahu menggedik je, saya tak pandai berlakon.."Sengaja aku jadi minyak sekarang ni. Elok la tu, sorang api, sorang minyak..Biar terbakar bilik ni nanti.

Tok! Tok!

Pintu bilik tidur kami diketuk..Aku terus menolak kuat dadanya agar jauh dariku. Pintu bilik ku hampiri setelah memastikan diri betul-betul berada di dalam keadaan yang aman.

"Eh ma..Kenapa ma?"Buka sahaja pintu, wajah mama menyapa.

"Lupa mama nak bagi...Ni Abang Haze bagi...Hadiah kahwin katanya.."

"Laaa..yeke? Baru kemarin Arwa jumpa dengan Abang Haze..Takde pula dia bagi..Sengaja je nak menggedik Abang Haze ni.."Hadiah yang masih berbalut itu bertukar tangan. Apalah agaknya lelaki itu bagi. Abang Haze tu sebenarnya sepupu aku, tapi disebabkan mama pernah susukan dia waktu kecil. Jadilah anak susuan mama. Kami dah macam adik-beradik. Kebetulan, Abang Haze anak tunggal. Dengan adik-beradik aku lah dia tumpang kasih.

"Dia lupa katanya....Dah jumpa kamu kemarin baru teringat..Pagi tadi dia singgah sini, sebelum bertolak ke airport. Balik sekejap, jenguk maklong dengan paklong tu hah...Katanya nanti nak bawa balik calon..." Bersembang pula kami di depan pintu ini..Daniel Tan? Entah kemana dia pergi. Bersembunyi di sebalik pintu agaknya.

"Ada Abang Haze bagitahu Arwa, itu yang dia heret Arwa pergi belikan hadiah untuk makwe dia...Sampai ke KLCC dia heret Arwa. Nasib baik dia belanja Arwa makan lepas tolong dia..."

"Itulah, mudah-mudahan adalah jodoh dia...Paklong dengan maklong kamu tu dah bising nak menantu..Harap jadilah.."

"Amin..In sha Allah ma..Abang Haze tu baik orangnya...Kalau bukan anak susuan mama, dah lama Arwa ajak dia kahwin...hehehe"

"Hish! Ada kesitu pula..Dengar dek laki kamu, kecil hati dia..Dahlah mama masuk bilik dulu, assalamualaikum.."

Kecil hati? Huh! Potong jari la kalau Daniel Tan tu kecil hati sebab aku!

"Yelah..Waalaikumusalam."Pintu bilik ku tutup. Hadiah yang diberi oleh Abang Haze aku letak di atas meja solek. Esok-esok la aku buka.

"Siapa Abang Haze?" Kus semangat. Aku ingat mamat ni dah ghaib. Ada lagi rupanya duk berdiri tegak macam tugu negara pulak dah.

"Adik-beradik susuan saya." Tidur lagi baik. Sekurangnya aku dapat lupakan sekejap kesakitan hati ni.

"Jadi yang dekat KLCC tu dia la?" Aku yang baru nak baring terbantut terus. Macamana dia tahu?

"Mana awak tahu?" Aku dengan Abang Haze keluar pergi ke KLCC semata-mata nak teman carikan hadiah untuk awek dia.

Dia hanya senyap. Tak balas soalan aku tadi. Adakah?

"Sebab ni ke awak tuduh saya jual body?" Aku memang rapat dengan Abang Haze. Bergurau kasar sampai bertepuk-tampar. Biasalah adik-beradik.

"Awak boleh bertanya tapi awak pilih sebaliknya...Awak tuduh saya...Fitnah saya....Wow? Seronok ye jadi awak?"

"Sudahlah Daniel...Sudah cari kesalahan saya....Buka mata awak tu sikit! Cuba nilai saya dengan mata hati, jangan kaburi hati awak tu dengan pandangan sinis..Ye saya tahu saya ni tak baik! Tapi saya bukan bodoh sampai taktahu hukum-hakam." Memandangkan bilik aku ni takda sofa, jadi aku ambil keputusan untuk tidur sahaja di atas lantai. Mujur ada karpet gebu ni. Bolehlah buat alas.

Aku malas dah nak bertekak dengan dia, penat..Penat berbalah tentang benda tak betul. Akhirnya, aku juga yang salah.

"Awak tidurlah dekat atas katil tu, awak pun jijik nak tidur sekali dengan perempuan macam saya kan..." Aku cuba tahan air mata dari keluar. Bukan sekarang kau nak menangis Arwa..Bukan sekarang!

Under Mission : [Seduce Him]Where stories live. Discover now