Part 22

6.1K 193 4
                                    

Setelah sampai, dia meminta Ferdi untuk pulang dahulu. Dia akan uruskan semua barangan yang berada di dalam but sendiri. Kunci pendua dikeluarkan, lalu lubang kunci dimasukkan.

Klik!

Tombol pintu dipulas.

"Gelap je rumah ni..Tidur ke?" Suis lampu ditekan dan sekejap sahaja ruangan yang gelap itu bercahaya. Langkah kakinya diteruskan menuju ke tingkat atas. Kenapa jantungnya semakin berdebar? Dari semalam lagi dia rasa tak sedap hati.

Pintu biliknya perlahan-lahan didekati sebelum dia membuka pintu tersebut. Setelah masuk, bilik itu juga gelap. Cahaya dari luar tidak membataskan penglihatannya. Dia tengok keadaan tilam sangat kemas seakan tidak pernah berpenghuni.

"Arwa?"Panggil Daniel Tan.

Kemudian bilik Arwa Dariya yang dahulu juga diterjah. Keadaannya sama seperti bilik tidurnya tadi. Kemas dan bersih.

"Arwa?"Bergema satu rumah itu dengan panggilan Daniel Tan.

"Arwa..Abang dah balik ni...Stop hiding!" Namun tiada balasan dari empunya badan yang diharapkan. Berdebar kencang dadanya.

"Arwa jangan nak main-main macam ni!..Abang tak suka!..Keluar sekarang Arwa...!"

Bilik tidurnya diterjah kembali. Dia membuka alamari pakaian. Sah!

Sah! Arwa Dariya dah takda..Hanya tinggal pakaiannya sahaja.

"Saya minta awak jadi suami yang saya idamkan..2 bulan je awak...2 bulan je...Bagi saya rasa disayangi dan dihargai oleh seorang suami. Saya tak kisah walaupun ia hanyalah lakonan dan awak terpaksa. Just give me the memories that I can remember for the rest of my life..Boleh Daniel?"

Dia teringat semula permintaan yang pernah diutarakan oleh Arwa. Takk...Tak mungkin...Adakah dia terlambat?

Lemah rasa seluruh badannya lantas dia terduduk di atas lantai. Kenapa sekarang Arwa? Setelah abang dah mula sayangkan Arwa? Handphone miliknya yang digenggam, kemudian log panggilan dibuka. Nama Arwa ditekan..Masih sama ketika dia mahu berangkat pulang ke Malaysia tadi. Tidak dapat dihubungi. Arrgghh!

Iphone itu dibaling ke dinding. Bersebelahan dengan meja solek. Berkecai seperti hatinya sekarang. Saat itu dia terlihat satu nota terlekat di cermin. Kaki yang lemah tadi mula berdiri perlahan. Cermin itu didekati.

To my husband, Daniel Tan

Abang dah sampai rumah? Mesti abang cari Arwa kan? Ke abang tak kisah pun Arwa takda? hahahaha..I think the second one...Its okay...Arwa faham...Abang...6 bulan tempoh yang Arwa minta dah habis...Tapi tak pernah sehari pun Arwa dengar yang abang sayang dan cintakan Arwa..Jadi Arwa anggap itu keputusan abang dalam hubungan kita ni...Arwa tak salahkan abang, sebab Arwa yang setuju dengan semua ni..Arwa yang gila sebab cintakan abang...The last 2 months were the best moment of my life...Bulan yang Arwa rasa disayangi sangat oleh abang walaupun Arwa tahu abang terpaksa. Terima kasih sebab layankan permintaan Arwa, terima kasih bang. Arwa minta maaf keluar tanpa izin abang...Arwa rasa ini yang terbaik dalam hubungan kita, Arwa taknak jadi selfish dan Arwa taknak hati abang terseksa dengan hubungan ni. Cinta tak semestinya dimiliki, kan bang? Maka itu, Arwa lepaskan abang...Arwa terima semua keputusan abang untuk hubungan ni. Abang boleh hantar surat cerai dekat alamat keluarga Arwa, abang jangan risau. Nanti Arwa terangkan dekat keluarga Arwa. Panjangnya Arwa melalut... Akhir sekali, terima kasih untuk semuanya, Arwa minta ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki...Serta halalkan segala makan dan minum Arwa selama ni.

Assalamualaikum,suamiku

Arwa

Sekali lagi dia terduduk bersama linangan air mata. Tengok apa yang kau dah buat Daniel!
Dia dah tinggalkan kau!..

Arwa..Ab...Abang minta maaf....

......
TBC
......

Under Mission : [Seduce Him]Where stories live. Discover now