Bab 20

1.1K 67 1
                                    

"Abang sayang saya tak?"

"Ofcourse la saya sayang awak." aku tersenyum bila teringatkan hal itu.

"Kalau sayang aku, buktikan lah Aydan Qays." aku senyum sinis di hadapan cermin. Baju seksi yang aku pakai, dibetulkan. Setelah puas dengan penampilan aku, aku keluar daripada bilik air.

Aku menuju ke meja, seperti biasa aku menyapu lotion di muka, tangan dan kaki aku. Aku sengaja buat aksi menggoda apabila aku perasan dari ekor mata aku, tak berkelip Aydan Qays memandang aku.

Setelah itu, aku berjalan menghampiri katil dengan gaya menggoda. Tak berkelip mata Aydan Qays memandang aku. Halkumnya bergerak-gerak.

Tengah tahan perasaan ke tu. Dalam hati aku ketawa keji. Setelah itu, aku naik ke atas katil lalu mendekatinya.

Aku menyentuh wajahnya yang kaku.

"Kenapa abang tengok May macam tu? You like it?" tanya aku dengan suara menggoda.

Aydan Qays seakan tersedar daripada mimpi. Wajahnya dialihkan. Dia berdeham.

"Ap-apa awak ni, pakai baju macam ni?" dia memandang telefonnya.

"May tengah goda abang ni.." ujar aku tanpa malu. Aku menarik mukanya memandang aku. Matanya terkebil-kebil. Seraya itu aku memagut bibirnya.

Tiba-tiba dia menolak aku. Aku terkejut.

"Apa awak ni Maysa??" wajahnya bertukar tegang.

"Kenapa abang tolak May?" marah aku. Aku malu dia tolak aku!

"Saya tak suka la awak buat saya macam ni!" mata Aydan Qays menjengil.

"Abang kata abang saya sayang, tapi bila saya goda abang, abang tolak saya pula! Abang betul ke sayang saya ha??"

Aydan Qays merengus kasar. Dia memicit dahinya.

"Kalau mula-mula saya faham kenapa abang tak sentuh saya. Sebab saya gemuk. Mungkin abang tak de selera dengan saya. Tapi bila saya dah kurus, takkan abang nak tolak saya juga??" hambur aku. Aku rasa sakit hati sangat-sangat.

"Cukup Maysa! Awak jangan tuduh saya bukan-bukan!" kata Aydan Qays dengan tegas. Wajahnya memerah.

"Habistu kenapa?? Abang gay ke apa??" tuduh aku. Lelaki itu tampak terkejut.

"Sampai hati awak, fikir saya macam tu?!"

"Habistu???" mata aku dijengilkan.

"Stop it. Saya taknak bincangkan pasal ni lagi." ujarnya lalu berbaring ke katil. Aku mengetap bibirku. Dengan perasaan geram, aku mengambil bantal lalu membaling ke arahnya.

"I hate you!!!"  lalu aku keluar daripada bilik itu dengan menghempaskan pintu bilik itu dengan kuat.




*****





2 hari berlalu, sudah 2 hari aku tidak menyapa Aydan Qays. Dia pun tidak tegur aku. Aku pun tidak tidur lagi di bilik kami.

Hari ini, dia masuk pejabat kerana papa memanggilnya, aku pula duduk di dapur menyediakan makanan.

Sebaik sahaja aku melepaskan punggung aku ke kerusi, tiba-tiba telefon aku berbunyi menanda ada mesej masuk.

Aku mengerutkan dahi, apabila dapat mesej dari number yang aku tidak save. Tidak semena, jantung aku berdegup kencang. Aku membuka mesej tersebut.

Alangkah terkejutnya aku melihat gambar  Aydan Qays dan Serra sedang berpelukkan di atas katil. Aku scroll gambar-gambar tersebut. Hancur hati aku melihat gambar dan video mereka di atas katil.

AYDAN QAYS (STOP KEJAP)Where stories live. Discover now