BAB 15

1K 81 1
                                    

Aku meletakkan bekas yang berisi coctail di atas meja. Aku menelan air liur melihat coctail itu. Hm, menyelerakan.

"Maysa.. awak tak penat ke dari tadi tolong mama dengan Ika dekat dapur?" tanya Idin tiba-tiba. Aku mendongak memandang tubuh Idin.

Idin kelihatan kacak berpakai tshirt hitam dan berseluar jean berwarna biru.

"Alah, tak penat punlah. Apa la sangat ni.." ujar aku sambil menyusun lauk-lauk di atas meja. Idin hanya tersenyum lebar.

"Ehem." tiba-tiba Aydan Qays berdehem. Aku mengangkat kepala memandangnya. Aydan Qays hanya menjeling tajam ke arah aku. Eh apa kes?

"Wahai Maysa sayang.. kau dah delete ke gambar aku?" mendengarkan itu, badan aku terus mengeras.

"Nampaknya, gambar aku masih ada dekat twitter kau tu..." ujar Aydan Qays dengan sinis.

Erk.

"Wait, apa tadi bang chik? Sayang? Kau panggil Maysa, sayang?" tanya Idin dengan pandangan hairan. Aydan Qays memandang Idin sambil tersengih macam kerang busuk.

"Dia yang suruh...."

"Bang chik, bang chik ada hubungan dengan Maysa ke?" tiba-tiba Auntie Yunie keluar daripada dapur diikuti Ika.

Mata aku membesar.

"Erk tak..."

"May! Serius la?" Wajah Ika nampak teruja.

"Ma-mana ada mama." ujar Aydan Qays. Wajahnya nampak gelabah.

"Tipu, mama dengar kamu panggil May, sayang!" ujar auntie Yunie dengan wajah teruja.

"Kan angah? Angah dengar juga kan?"  aku memandang Idin. Idin hanya terkaku dengan wajah yang dingin.

"Hmm.." Idin mengangguk, seraya itu dia berlalu daripada situ.

"Ika pun dengar mama.. amboi Maysa.. tak cakap dengan aku pun.. dalam diam ea..." usik Ika.

"Jap-jap. Apa ni? Bang chik dengan dia? Haha. Never." ujar Aydan Qays dengan sinis. Aku tersentak mendengarkan itu. Sakit hati aku melihat wajah sinis lelaki itu.

Wajah Ika dan auntie Yunie tidak puas hati. Aku mula pening kepala. Lalu aku meminta diri untuk ke tandas.

Sebaik sahaja aku masuk ke tandas. Aku memandang diri aku.

"May.. kau tak layak untuk dia. Dia tu sempurna. Sedang kan kau?" aku mengeluh keras.

Aku sedar, walaupun dia annoying hati aku tetap mahu sukakanya dia. Argh benci dengan feeling ni! Kenapa la aku tak suka Idin? Idin tu baik kot!

Aku melepaskan keluhan kasar. Takpelah Aydan. Aku kurus nanti aku takkan pandang kau langsung!

Tapi yeke? Boleh percaya ke dengan hati kau tu?




*****






Aku mengodak minuman milo. Kepala aku menerawang jauh.

Kenapa la kau boleh tersuka mamat annoying tu?

Pfftt.

"Mengeluh nampak?" aku terkejut mendengar suara itu. Lantas tubuh aku bergerak memandang sang suara itu.

"Aku mintak maaf pasal tadi." ucap Aydan Qays. Dia menekan cuckoo menunggu minuman tersebut itu penuh di gelasnya.

"Maaf? Pasal apa ea?" aku mengerutkan dahi.

"Pasal aku dengan kau, never." ujarnya bersahaja. Aku terdiam mendengarkan itu.

AYDAN QAYS (STOP KEJAP)Where stories live. Discover now