BAB 11

1K 71 0
                                    

Aku tersenyum melihat tubuh Aydan melangkah ke arah peti ais. Aku yang duduk di meja makan menegurnya.

"Morning abang Chik." Aydan Qays memusingkan badannya memandang aku. Raut wajah nya memandang aku dengan tidak puas hati.

"Jangan panggil aku abang chik!" tegasnya. Aku menjongketkan kening aku seraya mencebik.

"Habistu nak panggil siapa?? abang sayang?" saja aku mengusiknya. Dia memandang aku dengan wajah hairan.

"Kau sayang aku ke?" aku tertawa kecil melihat wajah blur dia. Raut wajahnya berubah dan mukanya memerah.

"Hm, panggil aku Qays." ujarnya sambil meneguk air suam. Aku mengherotkan bibirku.

"Panggil abang Qays, aku terima juga." ujarnya lagi sambil mengenyitkan matanya. Aku mengherotkan bibirku. Aku terus menyuap makanan yang terhenti tadi.

Kerusi ditarik. Aku mendongak memandang wajah Aydan Qays. Kepala Aydan Qays terteleng-teleng memandang sekeliling.

"Mana diorang semua? Tak sarapan ke?" tanya Aydan Qays seraya meletakkan mee goreng di dalam pingannya.

"Diorang dah keluar. Dah tengah hari dah ni." ujar aku dengan selamba. Hari ni, aku terbangun lambat tu yang aku lambat makan. Tangannya yang bergerak terhenti.

"Srslah? Kita berdua je ke kat rumah ni? Omg! Kalau kita kena tangkap basah, macam mana ??" tiba-tiba dia bangun menjauhi meja. Wajah nya nampak cemas.

"Abang Qays ni dah kenapa?" marah aku. Dah kenapa gelabah sangat? Matanya terkebil-kebil.

"Wait. Kau panggil aku apa tadi? Abang Qays?" tanyanya dengan mata dibulatkan. Aku mengerutkan dahi.

"Lah, abang yang cakap tadi, jangan panggil abang chik!" aku menjelingnya dengan tajam. Dia tersengih.

"Lupa pula. So..."

"Abang.. Ika ada kat atas. Kita bukan berdua pon. Taknak saya kena tangkap basah dengan abang. Tak best." ujar aku dengan selamba. Saja nak sakitkan hati dia.

Mata Aydan Qays membulat. Dia menarik kerusi dengan kasar. Kedua tangannya dihentak ke atas meja. Wajahnya didekatkan ke wajahku.

"Apa kau cakap tadi? Tak seronok? Habis tu seronok dengan siapa?" tanyanya dengan wajah bengang.

Aku menjongketkan keningku seraya tersenyum sinis.

"Dengan abang ngah." kata aku dengan selamba. Aku meneruskan suapan aku sambil memandangnya dengan sinis.

"Kau.."

Buk!

Aku terkejut mendengar sesuatu jatuh. Seraya itu, aku memandang ke arah tersebut. Terkejut aku melihat tubuh Idin di situ sedang tersengih memandang kami.

Cepat-cepat Idin mengambil barangnya yang terjatuh. Setelah itu dia memandang kami kembali.

"Kau orang borak lah balik." ujarnya sambil tersenyum lantas berlalu daripada situ.

Gulp. Alamak. Dia dengar ke tadi? Aku memandang wajah Aydan Qays. Dia berpeluk tubuh sambil tersenyum sinis.

"Idin tu dah ada girlfriend. Tak malu ea kau?" perlinya. Seraya itu dia menyuap mee goreng di mulutnya. Aku hanya mencebik.

Aku bergurau je!





******






Setelah penat membaca novel, aku meletakkan novel yang aku baca ketepi. Aku mencapai telefon aku. Mata aku membulat melihat gambar yang di hantarkan oleh Aydan Qays. Gambarnya sedang mengigit bibir sambil mengenyitkan matanya.

"Gila? Apasal dia bagi gambar dia kat aku??" aku memandang lama gambar tersebut. Ishh, nampak seksi la pula!

Aku mengelengkan wajah dengan mata yang terpejam. Menghalau bayangan wajah seksi itu di fikiran aku. Aku mencampak telefon dan terlentang di katil, sebaik sahaja aku membuka mata..Arghh! Wajah seksi tu juga yang bermain di fikiran aku!

Aku mengambil kembali telefon aku. Telefon aku ditekan kuat.

GILA!

SEND

Selepas itu aku menjauhi telefon aku.

BEEP.

Aku membuka mataku, lantas aku mengambil telefon aku. Daripada Aydan Qays. Cepat-cepat aku buka mesejnya.

- Weyy aku salah hantar. Jangan bagi sesiapa tengok! Kau sebarkan, siap kau!!! -

Aku ketawa terbahak-bahak melihat responnya.

"Ouh salah hantar ea? Ade aku peduli? Akan aku sebarkan..." aku senyum jahat. Aku membuka twitter dengan senyuman jahat.


******



BEEP BEEP.

Aku tersedar daripada tidur apabila bunyi bertalu-talu dari telefon aku. Aku merengus kasar seraya mengambil telefon aku.

"Aduh, bising aje lah!" aku membuka telefon aku dan mata aku terus membulat melihat mesej-mesej yang tertera di telefon aku.

"Ah sudah, viral pula gambar mamat ni!" aku membaca komen-komen yang tertera. Sesekali aku tergelak besar membaca komen mereka.

Aku membaca komen Aydan Qays. Aku tergelak sinis.

"Eleyy ingat aku takut?"

Aku buka pula mesej. Aku tergelak besar apabila membaca mesej daripada Aydan Qays.

Setelah aku membalas mesejnya, aku terus membaling telefon aku dan menyambung tidur.

Padan muka dengan Aydan! Kah.

AYDAN QAYS (STOP KEJAP)Where stories live. Discover now