Bab 21

1.1K 86 1
                                    

Aku tergamam mendengar cerita Ika.

"Awal tu memang kami sukakan perempuan tu. Tapi itu hanya pura-pura sahaja. Perempuan tu datang hanya kerana ingin merampas harta keluarga kami. " 

"Abang chik mula-mula memang bencikan Serra sebab sebenarnya Serra tak pregnant pun. Tapi lama-lama dia jatuh cinta dengan Serra. Mungkin Serra pandai ambil hati abang chik."

Aku hanya diam. Sakit pula hati aku mendengarkan itu.

"Bila diorang bahagia.. tiba-tiba aku dapat tahu, mama mintak cerai dengan papa."

Aku terkejut.

"Kenapa?"

"Mama nampak papa berpelukkan dengan perempuan tu dekat bilik tidur mama dengan papa. Abang chik pun nampak. Sejak tu, abang chik bencikan papa. Kami mula menjauh dengan papa..."

Wajah Ika nampak keruh.

"Berkali-kali papa minta maaf dan cuba beritahu hal sebenar, tapi kitorang lebih percaya dengan kata perempuan tu."

Aku menghela nafasku.

"Perempuan tu fitnah papa. Dia cakap papa yang ajak dia masuk bilik. Tapi sebenarnya, papa sangkakan perempuan tu mama. Sebab tu papa peluk perempuan tu."

Wajah keruh Ika bertukar wajah geram. Mungkin dia masih terkesan dengan kejadian dulu.

"Abang chik kecewa. Tapi dia tetap percayakan perempuan tu. Sampai lah satu hari tu, kawan baik dia, Syahmi datang jumpa dia menceritakan hal sebenar pada kami.

Sebenarnya mereka berdua yang rancang nak jatuhkan bang chik. Syahmi iri hati dengan bang chik."

"Mana Syahmi tu?"

"Entah, dah mampos agaknya. Tapi, nasib baik la dia ceritakan hal yang sebenar."

"Kenapa dia tiba-tiba dia jadi baik?"

"Sebab Syahmi cintakan Serra."

Aku mencebik. Clishe..

"Bila abang chik, dapat tahu dia ceraikan Serra terus. Padan muka perempuan tu. Dia merayu macam mana pun, abang chik dah tak nak terima dia lagi dah."

Aku menahan rasa geram aku.

"Tak patutlah Abang chik buat baik kat perempuan tu! Ke abang chik masih cintakan Serra?"

Ah, terasa sakit hati aku ni.

Ika mengeleng.

"Abang chik bukan macam tu, once dia dah buang, dia takkan ambil balik. Kan aku dah cakap, dia tu hati baik sangat. Anak paling nakal, tapi mempunyai hati yang sangat baik..." puji Ika membuatkan aku tersenyum.

"Si serra tu mesti nak abang chik balik sebab abang chik dah popular. Dulu, pernikahan diorang bertahan setahun je. Lepastu abang chik kerja dekat syarikat papa. Bila dah 2 tahun berlalu, dia bersungguh-sungguh naikkan kembali carreer dia sampai dia berjaya sekarang. Dia ambil masa 3 tahun untuk meningkat naik dalam sukan bola sepak."

Beritahu Ika. Ika memegang bahu aku.

"Jangan sampai perempuan tu rampas abang chik dari kau dengan kami lagi. Aku taknak dia kecewa lagi, May.." rayu Ika. Aku hanya menganggukkan kepala aku.

"May, kau jangan marah abang chik.. mesti dia ada sebab kenapa dia taknak beritahu kau..."

Aku hanya diam.

"May..."

"Ye Ika. Tapi aku tak janji. Aku.. aku tak dapat terima lagi semua ni.. Abang chik tak berterus terang dengan aku..Aku keliru, kenapa dia nak berahsia dengan aku?"

AYDAN QAYS (STOP KEJAP)Where stories live. Discover now