BAB 27

688 71 0
                                    

"Ika!!" aku menjerit memanggil nama Ika. Tetapi Ika hanya berjalan laju tanpa mengendahkan aku.

Nafas aku sudah tercungap. Aku berhenti mencari nafas.

"Eee, budak ni. Aku dah la tengah pregnant. Takkan aku nak lari kejar dia!" rungut aku.

"Ika! Tunggu la aku!" entah macam mana aku boleh berlari ke arah dia.

"Ika! Tunggulah aku! Penat la aku berlari."

Mendengarkan itu, langkah Ika terhenti lantas menoleh ke belakang dengan wajah bengang.

"Kau berlari kenapa gila? Kau tu mengandung!" marah Ika sambil menepuk bahu aku dengan kuat.

Aku merengus sakit.

"Sakit la nok! Kau lah, aku panggil buat derk je." aku menjelingnya dengan tajam.

Ika berpeluk tubuh dengan wajah yang mendung.

Tiba-tiba tubuhku rasa melayang. Aku memegang bahu Ika.

"Ika... aku nak pengsan.."

"May?? Ishh tulah aku cakap jangan berlari! Anjing!!" jerit dia di telinga aku.

Mendengarkan itu, tubuh aku yang rasa mahu melayang terus hilang.

"Mana?? Mana anjing??" tanya aku dengan cemas sambil mencari binatang tersebut.

Ika menepuk dahinya.

"Aku carut kau la, buyung!"

Aku mengetap bibir.

"Dah, jom pergi gym balik." ajak aku seraya menarik tangan Ika. Ika mengeraskan tubuhnya.

"Taknak!" kata nya dengan keras. Aku membulatkan mata.

"Kenapa ni?"

"Aku taknak tengok muka dua ekor tu, aku benci!" kutuk Ika dengan wajah kemerahan.

Aku mengerutkan dahi aku.

"Ika, diorang takde ekor. Aku taknampak pun, punggung diorang ada ekor." ujar aku.

Ika menjulingkan matanya seraya itu dia memandang langit.

"Ya Allah, kenapa la aku dapat kawan baik merangkap akak ipar aku yang bebal ni." dia ucap dengan pasrah membuatkan aku mencubit tangannya.

"Sakit lah nyah!" rungut Ika.

"Bebal-bebal ni pun abang kau sayang tau!" ujar aku geram, membuatkan Ika ketawa besar.

"Gurau je nyah. Lahmak buyung ni."

Aku memuncung.

"Sayang!" pantas aku menoleh apabila terdengar suara Aydan Qays.

Suami aku berlari anak ke arah kami.

"Sini pun korang. Ika, Maliq nak jumpa kau." ujar Aydan Qays.

Mendengarkan itu, Ika membentak.

"Taknak! Aku taknak jumpa dia!"

"Kau jangan degil, Ika! Ee budak ni, cuba jadi matang sikit?" jerkah Aydan Qays.

Aku yang terkejut mendengar jerkahan Aydan Qays lantas mengusap dada Aydan Qays.

"Abang..."

"Panas ni sayang, dia pula buat hal." rungut Aydan Qays. Aku hanya senyum hambar.

Ika mengeluh.

"Nak buat apa aku jumpa dia lagi? Aku dah putuskan hubungan dia dengan aku dah." rungut Ika sambil berpeluk tubuh.

"Tapi dia nak jadikan kau isteri dia."

AYDAN QAYS (STOP KEJAP)Where stories live. Discover now