BAB 2

1.2K 86 1
                                    

"Alah, kena balik rumah kau ke?" tanya aku. Malas. Malas nak jumpa mamat tu. Yang lain okey je. Cuma dengan Aydan Qays. Asal nampak muka aku je panggil aku debab. Nasib baik abang-abang Ika yang lain okey je. Yang penting hensem.

"Kena la. Nanti kalau Abang Chik nampak kau dah kurus mesti dia terbeliak mata nya!" Aku ketawa mendengarkan itu.

"Banyak lah kurus. Sikit je ni. " Alah turun berapa 3 kg je kot.. Setiap hari kami berjoging tapi asyik makan je lebih lepas balik joging.

"Sikit pun. Tengok sekarang, kau dah nampak lagi cantik kau! Walaupun masih berisi. Kau gemuk ke kurus ke tapi kau cantik tau." Puji Ika. Hidung aku mula kembang kempis. Yela, siapa je tak suka kena puji!

Tiba di rumah Ika, selepas meletakkan beg di bilik Ika, bergegas kami turun ke dapur untuk menolong auntie Yunie memasak. Walaupun kaya, Auntie Yunie tak suka upah orang gaji. Semua dia buat sendiri.

"Mama? Mana semua?" Tanya Ika melihat ruang tamu kosong je. Selalu ada je abang- abangnya menonton televisyen. Aku pula menarik nafas lega.

Yela, aku tak sanggup nak hadap mereka. Mereka hensem sangat. Kecuali Aydan Qays. Menyampah aku.

"Diorang pergi joging la." kata Auntie Yunie sambil sibuk memotong buah.

"Lah, yeke." Ika duduk di kerusi. Aku pun ikut sama menarik kerusi lalu duduk di sebelah Ika.

"Haah, makin cantik kamu Maysa." Puji Aunti Yunie sambil tersenyum. Aku tersipu-sipu.

"Yeke? Dulu saya tak cantik ke?" Usik aku. Auntie Yunie ketawa.

"Eh, cantik la. Tapi sekarang lagi cantik." Aku hanya tersengih. Sedang kami berbual tiba-tiba kedengaran bunyi bising di ruang tamu. Hidung aku terbau bau yang tidak menyenangkan. Lantas aku dan Ika juga Auntie Yunie menutup hidung.

"Oii, anak teruna. Busuk la! Korang ni pergi berjoging ke main longkang?" kutuk Auntie Yunie dengan kerutan dahinya.

"Haah lah, busuknya! Uweek!" Ika buat- buat muntah.

"Iskk, busuk sangat ke mama?" Tanya Idin Safari, abang ngahnya Ika sambil mencium badannya yang berpeluh. Membulat mata aku.

"Iskk, busuk la ma, hahaha angah naik dulu." ujar Idin lantas melangkah ke arah tangga. 2 lagi abang Ika pula sedang melantak air di peti ais.

"Ehh, May pun ada? Asal tutup hidung? Busuk sangat ke Uda?" tanya Eidil Safawi, uda nya Ika pula sambil mencium ketiaknya. Okey, ni lagi pengotor!

"Hmm, wangi je." katanya selamba. Auntie Yunie disebelahnya dah buat muka geli. Aku dah macam nak tercekik anak tekak.

"Pengotor punya anak!" bebel Auntie Yunie, lalu menjauh daripada Eidil.

"Ee, pengotor la Uda ni! May jom masuk. Busuk gile bau peluh dorang ni!" ajak Ika dengan muka gelinya.

"Busuk sangat ke ...." tanya Eidil lagi sambil mengerdipkan matanya. Aydan Qays ketawa.

"Busuk la uda.." kata aku sambil tersengih. Eidil mencebik.

"Ala nanti kalau Maysa jadi isteri Uda... mesti bau peluh  Uda,  Maysa suka jer..." ujar Eidil sambil tersengih-sengih miang.

Bukkk!!

"Adoi, sakitlah Bang Chik! Kurang ajar! Aku abang kau tau!" marah Edil sambil mengusap kepalanya. Tak puas hati kena baling timun oleh Aydan Qays.

"Siapa nak jadi isteri kau? Gatal. Buaya! Dia pun taknak lah." kutuk Aydan Qays dengan selamba.  Semua orang tahu yang Eidil, suka mengayat perempuan. Pantang nampak yang dahi licin.

AYDAN QAYS (STOP KEJAP)Kde žijí příběhy. Začni objevovat