Bab 14

967 71 2
                                    

"Beb, sabtu ni kau free tak?" tanya Ika.

"Hmm, kenapa?"

"Aku nak ajak pergi stadium. Abang chik ada games." ujar Ika. Aku hanya menganggukkan kepala.

"Hm, free je."

"Okey, hari jumaat kau ikut aku balik ea."

"Takpelah, aku gerak dengan family aku." ujar aku. Ika memandang aku dengan pandangan hairan.

"Family kau pun nak pergi stadium ke?"

"Tidak. Aku suruh ayah dengan ibu aku hantar aku je. Jalan diorang sehala." Ika hanya mengangguk faham.

"Kau macam mana dengan sir Maliq?" mendengarkan itu, Ika menarik senyuman lebar.

"Aku okey dah dengan dia. Aku taknak gaduh dah dengan dia lagi." Aku hanya menganggukkan kepala.

"Baguslah, aku taknak la kau menangis lagi sebab sir. Tak berbaloi."

"Hmm, tapi aku tak dapat terima hakikat."

"Lah, apasal pula?"

"Serra." ujar Ika pendek. Wajahnya mengelamun jauh.

"Kenapa dengan dia?"

"Serra tu, adik sepupu dia."

"Okey.. jadi..?"

"Kau tahu kan, aku bencikan dia?" Ika memandang tepat wajah aku. Aku terdiam, setelah itu aku bersuara kembali.

"Apa masalah kau dengan Serra tu sebenarnya?" tanya aku. Kedengaran hela nafas Ika dihembus kasar.

"Serra tu...." Ika memandang wajah aku. Aku menjongketkan kening aku. Aku tak sabar nak tahu.

"Dia..."

Pon!Pon!

Kami terkejut mendengar hon kereta. Spontan kami memandang kereta yang berhenti di hadapan kami. Melihatkan itu, Ika tersengih.

"Sir Maliq dah datang, aku gerak dulu. Jumpa Sabtu ni!" seraya itu Ika bangun dari duduknya lalu menghampiri kereta milik Sir Maliq. Aku merengus geram. Bila aku nak tahu pasal Serra ni?






*****







Aku tercari-cari kelibat Ika dan keluarganya. Suasana yang riuh dan bising membuatkan aku rasa tidak selesa. Orang pula ramai sangat, aku tidak dapat mengecam satu persatu tubuh Ika dan keluarganya.

"Betul la kan ni tempat vip.. aduh ramainya..." aku berjalan menuruni tangan. Aku tak selesa orang-orang di situ memerhatikan aku. Aku rimas!

"May! Maysa!" tiba-tiba aku terdengar suara Ika. Aku tercari-cari sehingga aku ternampak Ika melambai ke arah aku. Aku menarik nafas lega, cepat-cepat aku menghampiri Ika dan keluarganya.

"Sorry wey aku lambat. Jalam jammed doh." ujar aku seraya duduk di sebelah nya.

"Takpelah May."

"Eh, May. Baru sampai?" aku menoleh ke arah sebelah aku. Idin tersenyum.

"Haah, jalan jammed tadi.." ujar aku. Idin hanya tersenyum.

"Nampak tak abang chik?" tanya Ika seraya menuding ke arah Aydan Qays yang sedang memanaskan badan di padang.

Aku memandang ke arah Aydan Qays. Bersungguh-sungguh mamat tu memanaskan badan.

AYDAN QAYS (STOP KEJAP)Where stories live. Discover now