BAB 23

1.1K 83 1
                                    

Hari ini, adalah hari perlawanan JDT dan Terengganu. Paling menggembirakan aku, Aydan Qays akan bermain di padang selama 90 minit. Memang mata aku ke arah di sahajalah.

"Go, go, go! Abang chik!!" jerit Eidil di sebelah aku. Aku teruja melihat dia dengan lincah mengelecek bola daripada musuhnya.

"Dah nak sampai pintu gol dah tu!" Ika menjerit teruja. Aku melihat suami aku dengan rasa teruja.

Sebaik sahaja Aydan Qays hampir tiba di gawang gol, tiba-tiba kakinya ditepis kuat oleh pihak lawan dan dia terjatuh sambil memegang kakinya.

"Aydan!!"

"Omg, laki aku! Kurang ajar kau samdol! " jerit aku.  Ika di sebelah menenangkan aku.

"Sabar beb!"

"Kesiannya dia, mesti sakit...." aku memandang simpati tubuh suami aku. Wajah Aydan Qays nampak berkerut.

"Ahhh!! Dah nak gol dah tadi, siot la Samdol nii!" bentak Eidil pula di sebelah aku.

Akhirnya Aydan Qays terpaksa diganti kan dengan pemain lain disebabkan kecederaan yang dihadapinya.

Menci!





*******





"Kenapa May tak tunggu abang chik kat stadium tadi?"  tanya Idin. Ketika itu, kami sibuk menonton tv.

"Ouh, Abang chik suruh tunggu dia kat rumah je." ujar aku.

"Elley, dia cemburu la tu kalau May jumpa Akhyar Rashid." ujar Eidil pula. Mama dan papa hanya ketawa.

Maklum mereka tahu yang aku amat meminati pemain bola tersebut.

Tiba-tiba terdengar bunyi kereta masuk di laman rumah.

"Ha, dah balik dah dia tu." ujar mama seraya itu mereka ke pintu rumah. Sebaik sahaja aku mengangkat punggung ku, Idin memanggil aku.

"May, angah nak cakap sikit dengan May. Now." Idin bergerak ke arah dapur. Aku terpinga-pinga. Seraya itu aku mengekori langkahnya.

"Kenapa ngah?"

"May.. May bahagia ke dengan abang chik?"

"Kenapa angah tanya macam tu?" aku merasa pelik dengan pertanyaan Idin.

"Angah.." ah aku dahlah tak sabar nak jumpa suami aku. Dia pula cakap slow-slow.

"Angah, nanti lah kita bincang. May nak jumpa abang chik okey." seraya itu aku terus meninggalkan Idin.

"Sayang.. pergi mana?" dari jauh Aydan Qays memuncung apabila melihat tubuh aku keluar daripada dapur.

"Sorry. Erk May minum air tadi. Hehe." aku memandang Idin.

"Ouh." aku perasan Aydan Qays memandang tajam wajah Idin.

"Dah, pergi masuk bilik. Bersihkan diri kamu tu Abang chik." ujar papa.

"Baik papa. Jum sayang. Kaki abang sakit lagi ni." aku memandang kaki nya yang berbalut.

"Jom." aku terus memimpin dia ke bilik kami. 

"Sayang.. sakit...." rengek Aydan Qays tiba-tiba. Aku tersenyum. Amboi, bila dah berdua, tiba-tiba manja pula. Depan keluarga tadi berlagak macho.

AYDAN QAYS (STOP KEJAP)Where stories live. Discover now