BAB 4

1K 78 1
                                    

Aku melihat buku-buku di hadapan aku dengan teruja. Apa taknya,  sekarang popular tengah buat sale. Sebuah buku rm10 sahaja.  Aku membelek novel dengan teruja.

"Suamiku 17 tahun.. hmm, macam best. Ambil la." Aku mengambil novel itu.

"Kau suka ea, story macam tu?" tiba-tiba terdengar suara lelaki itu. Aku tersentak. Eee, sibuk betul mamat ni.

Aku menjeling ke arahnya. Mukanya hanya selamba sambil membelek novel tersebut.

"Hm." Aku malas nak layan.

"Suamiku 17 tahun? Setahu aku lelaki boleh kahwin masa umur 18 tahun. Hih. Merepek." dia meletakkan buku itu di atas rak. Aku mencebik lagi. Eii, macam langau la mamat ni.

"Biarlah. Saya suka baca." kata aku dengan kasar. Sibuk je.

"Ishh,  kenapa awak ikut saya?!" tegurku apabila dia terus mengekori aku. Rimas. Aku perasan orang yang berada disitu turut pandang kami. Iskk, nak kutuk la tu.

"Biarla!" kata dia sambil mengambil sebuah buku. 

"Suka juga ke, dengan novel?" tanya aku.

"Tak la,  saja je pegang." katanya lalu meletakkan buku tersebut.  Aku cebik lagi.

"Opsss." Aku terlanggar seseorang. Entah bila ada kat depan aku. Tak perasan pula aku.

"Iskk tak nampak ke??" marah perempuan itu. Aku terkulat-kulat.

"Maaf ye.. dia tak sengaja."  ujar Aydan Qays di belakangku.

"Ehh Aydan Qays??" Aku melihat wajah perempuan itu kelihatan teruja dengan Aydan Qays. Hm, kawan mamat ni kot. Aydan Qays hanya senyum seraya menganggukkan kepalanya.

"Girlfriend awak ke?" tanya perempuan itu tiba-tiba. Pandang aku atas bawah.

"Kalau ye, kenapa?" Nak tercekik aku bila Aydan Qays berkata begitu.

"Oo, hmm macam tak sesuai je. You kurus. Dia hmm..." aku dah panas hati. What? Dia kutuk aku? Tahula dia lawa macam model.

"Kesah pula saya kalau dia gemuk? Btw,saya suka perempuan gemuk. Best bila peluk." ujar Aydan Qays dengan sinis. Perempuan itu bengang lalu terus pergi.

"Kurang ajar betul perempuan tu. Tahu la badan cantik." marah aku.

"Dah cepatla. Aku lapar."  katanya selamba. Aku menjeling padanya.

"Okeyy."

"Kita makan kat 4finger." katanya lagi. Aku mengerutkan dahiku.

"Ha? Lah, makan jela kat rumah." Membazir je mamat ni. Auntie Yunie dah masak kot kat rumah tu.

"Iskk sukati akula,  perut aku." katanya lalu pergi. Aku merengus geram. Kerek betul!

Usai aku membayar buku novel, aku terus cari Aydan Qays. Mata aku melilau mencari dia.  Maklum lah, ramai orang berkeliaran kat tempat shopping ni.

"Iskk, mana pula la mamat ni." Aku merungut geram.

"Debab!!" Muka aku berubah apabila mendengar suara itu memanggilku.

"Oii debab! Sini!" Aku melihat dia melambai-lambai ke arah ku. Dengan rasa malu, aku menuju ke arahnya. Mereka yang lalu lalang, ada yang senyum melihat kami, tapi ade jugak yang mengejek memandang kami.

Hmm tengok laa perbezaan kami, dia kurus, tegap. Sedangkan aku gemuk, takde la gemuk sangat sebab aku da kurus sikit ciss.

"Iskk... Saya ada nama la. Nama saya Maysa!" kata aku dengan geram.

"Ahh lantak lah. Dah jom kita ke sana." katanya lalu meninggalkan aku. Aku nampak orang sekeliling bisik-bisik pandang aku? Apahal? Salah ke orang gemuk dating dengan orang kurus? Eh dating? Dengan Aydan Qays? Kau gila Maysa.



**********






Aku mempercepatkan langkah. Lelaki di belakangku terus mengejarku.

"Maysa! Tunggu lah aku!"

"Iskk, kau ni nak apa?" Aku berhenti di hadapan lelaki itu.  Hensem. Tapi aku tak suka dia. Sejak hari tu dia asyik mengikut aku.

"Aku nak makan dengan kau." kata lelaki itu.

"Farish, please. Aku ade hal dengan kawan aku la. bye." Aku terus pergi. Malas nak layan.

"Kawan mana ni?" Aku menoleh, aku nampak muka mamat tu merah
-merah. Aik macam marah je.

"Kawan la! Kau nak tahu apasal?"

"Hmmm, kau cancel la kan. Haritu kan aku dah janji nak belanja kau makan." Ewah- ewah sukahati je nak suruh aku cancelkan. Sebenarnya hari ni aku free je, cuma aku saja tak nak pergi makan dengan dia. Rimas.

"Banyakla kau. Ni dah janji lama lagi. Ok bye." Aku terus lari daripada dia. Aku membuka langkah seribu. Pelajar yang berada di situ pelik. Apa taknya aku lari, mamat tu boleh pula kejar aku sambil panggil aku. Aku lari lagi laju sambil memandang ke belakang. Farish masih mengejar aku.

Bukkk!!!

"Adoii!!" Aku gosok kepala aku. Sakit siot! Aku mendongakkan wajahku. Aydan Qays. Walaupun dia pakai mask, aku dapat mengecam wajahnya.  Aku menelan air liurku.

"Asal ni?"

"Maysa!!" Aku memandang Farish. Dia termengah-mengah.

"Kau pahal, kejar awek aku??" jerkah Aydan Qays. Aku terkujat. Siapa awek dia? Muka Farish berubah. Setelah itu, dia ketawa.

"Hahahaa awek kau? Kau tak payah nak bergurau!"

"Betul lah. Maysa ni awek aku. Kau blah laa!!" jerkah Aydan Qays lagi dengan kuat. Nasib baik, di situ tiada orang.

"Tipu!" kata Farish. Muka aku mula merah menahan malu.

"Ye la Farish.  Dia boyfriend saya. Bulan depan kitorang dah nak nikah." Aku terpaksa menipu, sebab taknak Farish kacau aku lagi.

"Wh..what???" nampak sangat muka Farish kecewa.

"Haa, kau dah dengar kan?? So jangan kacau Maysa! Jom sayang." Aydan Qays memegang tanganku lalu menarik aku. Muka aku pula terkejut.  Jauh daripada mereka lalu aku menepis tangannya di lenganku.

"Iskk lepaslah, Abang Chik!!"

"Jangan panggil aku Abang Chik! Kau bukan adik aku!" marahnya lalu melepaskan tangannya.

"Habis tu nak panggil apa?" tanya aku dengan geram. Dia diam. Dia terus membuka pintu lalu masuk ke dalam kereta. Aku hanya membatu di hadapan keretanya.

Ting Tingg!! Aku terkejut beruk.  Tingkap keretanya dibuka.

"Masuk lah cepat. Aku dah lapar!" Aku mencebik. Terus aku masuk kereta itu. Kerek betul mamat ni!

AYDAN QAYS (STOP KEJAP)Where stories live. Discover now