BAB 16

1K 72 1
                                    

Aku membuka kabinet dengan berhati-hati. Setelah mendapat benda yang aku cari, aku terus duduk di meja makan.

Aku membuka perlahan first aid tersebut. Perlahan aku merawat lengan aku yang terluka.

"Aduh pedihnya, alahai ganas betul la diorang tu. Nasib baik dorang tak nampak luka aku ni." Apa taknya, aku sedaya upaya menyorok tangan aku yang terluka daripada mereka. Taknak Ika rasa serba salah.

"Kau buat apa tu?"

Hampir gugur jantung aku mendengar suara garau itu.

Susuk tubuh lelaki itu berdiri di hadapan aku. Aku hanya diam membatu.

"Kau terluka??" tangan aku ditarik olehnya.

"Ish apa abang Qays ni, sentuh tangan orang?" marah aku seraya menarik balik tangan aku.

Dia terdiam.

"Aku mintak maaf sebab terkasar bahasa dengan kau petang tadi. Kenapa kau tak cakap yang tangan kau terluka?" Aydan Qays menarik kerusi lalu duduk di hadapan aku.

"Sini tangan kau, aku rawat."

"Takpe, saya boleh rawat sendiri." ujar aku. Tiba-tiba Aydan Qays menarik tangan aku. Aku tersentak. Aydan Qays membelek-belek tangan aku.

"Macam mana kau boleh terluka ni? Ganas betul Ika dengan Serra ni." dia mengambil krim lalu dioleskan ke lengan aku.

"Dua-dua pula tu tangan kau terluka." aku hanya diam. Sesekali dahi aku berkerut apabila dia menekan tempat luka aku.

5 minit kemudian.

"Okey dah." Aydan Qays menyimpan first aid ke dalam kabinet kembali.

"Thanks." ujar aku.

"Lain kali, bagi tahu lah tangan kau terluka. Kenapa kau simpan sorang-sorang?"

"Saya taknak Ika risaukan saya." Aydan Qays hanya mengeluh.

"Saya naik dululah. Terima kasih rawat saya." aku bangun daripada duduk aku.

"Kejap, kau maafkan aku tak?"

"Hmm ya." bergegas aku berjalan meninggalkan dia.




******






Sedang aku sibuk membasuh pinggan, tiba-tiba Ika datang lalu menarik tangan aku. Aku terpinga-pinga.

"Eh, apasal ni Ika?"

"Tinggalkan dulu membasuh tu. Ikut aku kedepan jap." aku mengikuti langkah panjang Ika ke ruang tamu. Aku lihat Eidil, auntie Yunie, papa Ika, Aydan Qays dengan Idin di ruang tamu.

Kami duduk di sofa. Satu persatu wajah mereka aku tilik.

"Ada apa?" tanya aku pelik.

"Maysa.. auntie dengan uncle dah buat keputusan. Harap Maysa terima." hati aku mula berdebar-debar. Aduh, pasal apa pula ni?

"Auntie dengan uncle nak kahwinkan abang chik dengan Maysa." aku terkejut. Ika teruja.

Aku pandang Aydan Qays, tapi wajah lelaki itu kelihatan tenang.

"Maysa terima tak? Kalau Maysa terima kami hantar rombongan ke rumah keluarga Maysa." tanya papa Ika pula. Aku terdiam kelu.

"Angah tak setuju!" aku menoleh ke arah Idin. Wajah lelaki itu nampak tak puas hati.

"Ma, pa seriuslah? Bang chik? Kau setuju?"

"Kalau dah jodoh aku dengan Maysa, aku terima je." katanya dengan selamba. Ish sakit pula hati aku tengok wajah selamba dia!

"Kau kata taste kau bukan dia! Sekarang apa jadi?"

"Angah.." tegur papa Ika.

"Fine, Maysa nak ke? Jangan paksa Maysa mama, papa!" ujar Idin dengan tegas.

Semua mata memandang aku. Aku terkulat-kulat.

A-ku. Aku tak tahu!

"Auntie bagi Maysa masa ye? Auntie harap sangat Maysa terima bang chik. Auntie nak Maysa masuk dalam keluarga kami. Auntie sayang Maysa." aku serba salah dengan permintaan auntie Yunie. Sesudah itu aku hanya mengangguk. Meminta mereka memberi aku masa untuk berfikir.




******



"May, aku dengan mama aku nak keluar jap, takpe ke kau stay sini kejap? Ke kau nak ikut sekali?" aku yang sedang membaca novel, menoleh ke arah Ika.

"Takpe. Aku okey je. Lagipun cerita tengah best ni." setelah itu aku menatap novel kembali.

"Okey aku gerak dulu. Pape roger."

"Okey baik!"

Setelah beberapa minit Ika keluar, aku meletak novel aku ke tepi. Aku keluar daripada bilik lalu memerhatikan sekeliling.

"Uncle pergi kerja. Uda pun sama. Angah keluar jumpa kawan. Auntie dengan Ika pun keluar. Hmm, abang Qays ade ke tak ea?" dengan perlahan aku menghampiri pintu bilik Aydan Qays.

Aku mengetuk pintu beberapa kali sehingga terdengar suara Aydan Qays menyuruh aku masuk. Aku tersenyum lebar. Lantas aku membuka pintu bilik tersebut.

Aydan Qays berada atas katil sambil bermain telefon. Aydan Qays menoleh ke arah lalu. Wajahnya tampak terkejut.

"Eh, kau asal nak jumpa aku?"

Aku berpeluk tubuh lalu dengan tidak malu, aku menghampiri dia.

"Abang setuju ke nak kahwin dengan saya?"

Aydan Qays senyum senget, lantas meletakkan telefonnya ketepi.

"Aku setuju. Kenapa? Kau tak setuju?"

"Kenapa abang nak kahwin dengan saya? Bukan ke saya ni bukan taste abang?"

"Kan aku dah cakap, aku terima kalau dah jodoh aku dengan kau."

Aku mengetap bibir melihat wajah selambanya itu.

"Saya taknak kahwin dengan abang!" setelah itu aku berpaling mahu keluar daripada bilik tersebut.

Tiba-tiba tangan aku ditarik kuat dan badan aku melayang ke katil Aydan Qays. Aku terkejut. Mata aku membulat apabila Aydan Qays naik menindih tubuh aku.

"Eh, apa ni abang Qays??"

Aydan Qays tersenyum sinis.

"Kau cakap dengan aku, kenapa kau taknak kahwin dengan aku?" tangannya naik menyentuh pipiku. Seram sejuk merasa belaian tangannya ke pipiku.

"Lepas lah, abang Qays!"

"Ya Allah, abang chik! Maysa!" tiba-tiba terdengar jeritan Ika. Aku terkejut. Lantas aku menolak tubuh sasa Aydan Qays dengan kuat sehingga dia terjatuh di sisiku. Aku membetulkan baju aku lantas memandang ke arah Ika.

Aku tergamam melihat auntie Yunie, papa Ika dan Idin turut berada di situ.

"Kit- kitorang tak buat apa-apa.." ujar aku lemah.

"Kitorang tak buat apa-apalah, papa mama!" ujar Aydan Qays.

"Mama tak kira! Abang chik dengan Maysa akan kahwin sebulan dari sekarang! Maysa, kitorang akan hantar rombongan ke rumah keluarga kamu!" putus auntie Yunie.

Aku mengeluh berat.

AYDAN QAYS (STOP KEJAP)Where stories live. Discover now