BAB 10

1K 79 1
                                    

"Kau tak patut buat Sir Maliq macam tu." Aku duduk di sebelah Ika. Raut wajah Ika nampak keruh.

"Biarlah. Padan muka dia." Aku mengeluh dengan kedegilan Ika.

"Kau ni macam budak-budak la. Cuba kau bincang baik-baik dengan Sir Maliq tu." nasihat aku. Aku taknaklah Ika lepaskan lelaki hot macam Sir Maliq tu. Rugi woo. Ika memuncungkan bibirnya.

"Tak ade apa nak dibincangkan." Aku berdecit geram.

"Kau tak sayangkan Sir Maliq ke? Cuba kau dengar penjelasan dia tu. Kang tak pasal semua tu tak betul. Kau juga yang meroyan sebab lepaskan dia!" Aku menakutkannya. Ika hanya diam. Wajahnya menunduk sahaja. Aku memeluk tubuhnya.

"Kau pergi bincang dengan dia. Terus terang kat dia, kenapa kau marah kat dia. Tanya dia siapa Serra tu pada dia."

"Ok fine. Aku jumpa dia, bincang dengan dia.. aku.. aku tak sanggup kehilangan dia..." kata Ika dengan air mata berlinangan. Dia memelukku dengan erat. Aku senyum.

"Haa, macam tula. Bincang dengan dia baik-baik. Jangan marah-marah." Nasihatku lagi sambil membelai rambutnya.

"Hoii! Kau orang ni lesbian ke?" Tersentak terus kami. Aku memandang tajam wajah Aydan Qays.

"Pala otak kau lesbian!" Maki Ika.

"Kitorang meluah perasaan la. Biasalah, perempuan. Kau apa tahu." Kata Ika lagi sambil membaling kusyen ke arah Aydan Qays. Aydan Qays mengelak. Dia senyum sinis.

"Huh perempuan... cuba kalau lelaki buat macam korang buat tu.. mula la pikir dorang gay la apa la... padahal luah perasaan macam perempuan juga." kata Aydan Qays sambil duduk di sofa.

"Ewww lelaki tak sesuai ea buat macam tu! Hahaha!" Ika gelak besar. Aku hanya senyum kecil.

"Haa kau dah ketawa-ketawa ni, dah okey ke?"

"Hmm sikitla... esok aku jumpa dia, berbincang."

Aydan Qays menganggukkan kepalanya. "Ha baguslah, macam budak tak matang marah-marah pakwe kau tu." ujar Aydan Qays sambil menjeling ke arah Ika. Ika hanya mencebik.

"Kenapa kau gaduh dengan dia?" mendengarkan itu, wajah Ika bertukar kelat.

"Aku nampak dia dengan Serra, mesra mesra bagai! Meluat aku!"

"Ala maybe sepupu dia kot..." Ujar Aydan Qays. Matanya ke arah tv.

"Yela kot. Tapi aku benci perempuan tu! kenapa dia kena jadi sepupu Maliq??" Kata Ika dengan muka bengangnya.

"Yang kau benci sangat kat Serra tu kenapa?"

"Aku bencila! Aku takkan lupa apa yang dia dah buat pada kau dulu! Kau dah lupa ke ha?" Aku di sebelah Ika hanya diam memasang telinga.

"Aku dah maafkan dia!" kata Aydan Qays dengan nada mendatar.

"Itula kau. Senang sangat maafkan dia. Senang sangat lupa apa yang dia dah buat dekat kau." perli Ika. Aku nampak muka Aydan Qays merah menahan perasaan.

"Siapa kata aku dah lupakan apa yang dia dah buat?" Suara Aydan Qays tegas.

"Habistu kenapa kau masih berkepit dengan dia??" Aydan Qays terdiam.

"Dengar sini ea Bang Chik. Aku taknak dia masuk dalam keluarga kita lagi. Sebab dia lah, keluarga kita hampir hancur tau!" Sembur Ika lagi lalu pergi meningalkan kami. Aku hanya diam. Aku melihat muka Aydan Qays merah padam. Selepas itu dia pun berlalu meninggalkan aku seorang diri diruang tamu.

Aku tertanya-tanya. Apa Serra buat dekat keluarga mereka sampai Ika benci sangat kat Serra? Penat memikirkannya, aku terus menonton tv drama Korea seorang diri. Maklumlah, Mama, papa dan abang abang Ika sekarang dekat rumah Alan. Cuma kami bertiga sahaja di rumah ini kerana malas nak kesana.





*********




Sejak akhir ni, aku asyik haus je. Maybe cuaca panas. Aku pun lupa nak bawa air ke bilik Ika. Aku melangkah ke dapur. Suis di buka. Lalu aku melangkah ke peti ais dan menuang air batu ke dalam cawan. Ahhh sedap betul air batu ni hikss.

"Ehemm." Jantungku bagai gugur mendengar deheman itu. Aku menoleh ke arah suara itu. Aydan Qays.

"Nak air ke?"

"Hmmm." Aku melihat dia menopang dagunya sambil memandang aku. Lantas aku memusingkan wajahku. Wajahku terasa panas. Asal dia pandang aku macam tu? Aku seksi ke? Eh tak!

"Cantik rambut kau, mana tudung kau?" Bulat terus mata aku, aku memegang kepalaku yang tidak bersalut tudung. Lantas aku mencangkung.

"Eee Abang Chik!!!"

"Eh kenapaa? Kenapa kau mencangkung?" Dia menundukkan wajahnya untuk melihat wajahku.

"Janganlah! Berdosa la!" Kata aku. Aduuhh aku lupa nak pakai tudung! Layan sangat tekak haus!

"Taknak berdosa, kawin la dengan aku." kata Aydan Qays dengan selamba. Aku berdecit geram. Ingat kawin ni senang ke? Aku nampak dia mengambil air menggunakan cawan aku. Lantas aku menyorok di bawah meja.

"Hei kenapa pakai cawan saya??"

"Biarlah!" Katanya lalu menghabiskan airnya lalu membasuh di singki. Aku hanya memerhatikan langkahnya. Tiba tiba dia berdiri di hadapanku.

"Jangan tunduk!"

"Apa kau ni debab, main nyorok-nyorok pula. Aku dah nampak la rambut kau. Cantik rambut kau." Suaranya yang lembut membuatkan bulu romaku meremang. Dia mencangkung, dengan kelam kabut aku menarik bajuku lalu menutup rambutku yang terdedah.

"Keluar. "

"Taknak lah."

"Keluar, sebelum aku kiss kau." Aku menjerit kecil apabila wajahnya mendekati wajahku.

"Yala, tepi lah orang nak lalu." Bebel ku. Aydan Qays ketawa kecil. Dia berdiri. Aku keluar dari meja makan itu lalu berdiri di hadapannya. Aku nampak Aydan Qays senyum. Alamak manis pula senyuman mamat ni.

"Lain kali pakaila tudung, kau pun tahukan, ade aku dalam rumah ni." katanya sambil senyum.

"Yalaa saya lupala." Aydan Qays mencebik.

"Muda muda dah nyanyuk.. ke saja kau nak goda aku. Hmm?" Dia berjalan ke arahku sehingga aku terundur.

"Eh sorry sikit ea, bila masa saya nyanyuk? And takde maknanya saya nak goda awak." sembur aku. Dia senyum.

"Aku pun tak de selera la dengan kau debab." katanya sambil ketawa. Aku diam. Terasa dia cakap aku macam tu. Ketawanya mati apabila wajahku bertukar keruh.

"Erkk aku tak maksudkan macam tu.."

"Iskk tepi laa Abang Chik. Mengantuk." kata aku lantas menolaknya ketepi. Kakiku melangkah ke tangga meninggalkannya. Entah kenapa aku terasa dia cakap macam tu kat aku! Arghh, kau ni dah kenapa Maysa??

AYDAN QAYS (STOP KEJAP)Where stories live. Discover now