"So, dah berapa lama you all kahwin? Macam mana hidup dengan Nils? Bahagia?" soalan yang buatkan aku serta-merta menarik muka. Dada mula rasa sesuatu yang kurang enak.

Kenapa dia kena tanya macam tu? Kelakuan kami nampak macam tak bahagia ke? Rahang Nils sudah jelas terbentuk. Lelaki itu benar-benar terasa dengan soalan yang dilontarkan oleh gadis itu.

"Kau nampak macam kami tak bahagia ke?" soalan dibalas dengan soalan. Aku dapat rasakan ketegangan di antara mereka. Mesti ada sesuatu yang pernah terjadi antara mereka dulu membuatkan Nils betul-betul bencikan Arisha.

Arisha menggeleng. Tangannya naik menyentuh puncak hidungnya.

"Tak, i tak cakap macam tu cuma ye lah. Good beginnings often do not end well" disebalik kata-katanya terselit satu teka-teki. Aku panggung kepala ke arah Nils di sebelah. Dia juga turut memandang ke arahku.

"Aku akan cuba sehabis mungkin untuk jaga rumah tangga aku daripada orang yang ada niat jahat contohnya kau" tegas Nils memberi amaran.

Sekali lagi aku terdengar suara gadis itu tertawa kecil. Bunyi mengada.

"Yeah, i percaya you akan pertahankan rumah tangga but wife you dia akan buat benda yang sama ke? Maybe-- you know. The person you looking for"

Badanku terus mengejung apabila Arisha tiba-tiba berkata sebegitu. Dia fikir yang aku takkan pertahankan rumah tangga aku ke? Eh hello, aku dulu kena kahwin paksa tau takkanlah aku nak sia-siakan hidup aku. Lagi satu, kenapa pula Nils nak kena cari aku bagai sedangkan selama ni aku dekat depan mata dia je.

Perempuan ni ada masalah mental eh?

Nils mula menganggam tangannya menjadi penumbuk. Matanya tajam menikam Arisha di hadapan kami.

"Kau jangan nak burukkan isteri aku. Aku yakin yang dia akan buat benda yang sama. You should wake up Arisha. Ini bukannya dunia fantasi kau, sudah-sudahlah buat benda bodoh dalam dunia ni" suara Nils betul-betul fedup dengan perangai gadis ini.

Arisha berdecit perlahan. Setelah itu, dia terus berdiri daripada duduknya. Wajahnya memandang kami bersama senyuman.

"Nils-- Nils. Sedihnya hidup you ni. Dikelilingi dengan orang yang plastik" di akhir katanya, aku nampak yang dia menjeling ke arahku sekilas. Menyatakan bahawa perkataan akhir itu ditujukan khas untuk aku.

Aku pula masih mampu mengawal riak muka. Walaupun dalam hati rasa macam nak meletup tapi aku kena sabar. Jangan dijirus minyak ke dalam api yang sedang membara. Sudahnya, aku hanya hadiahkan senyuman nipis ke arah dia.

"Jangan risau, awak tak perlu kisah pasal kami. Lagipun, perempuan yang ada maruah takkan sibuk dengan hal rumah tangga orang. Cuba jadi matang" walaupun nada suara yang aku gunakan ini tersangatlah lembut tapi itu cukup buatkan wajah Arisha berubah kelat.

"Okay fine, enjoy your life sementara ada masa. I told you, you akan menyesal suatu hari nanti"

Gadis itu mula membuka langkah keluar. Belakang tubuhnya aku pandang bersama gelengan kecil. Tak malu betul, dahlah datang rumah orang lepastu nak bagi warning bagai.

Aku menghela nafas lemah. Aku toleh ke arah Nils di sebelah. Jejaka itu hanya menunduk sambil tangannya dibentuk penumbuk.

Aku mula rasa tak sedap hati. Lantas, aku memegang bahunya. Lelaki itu mengangkat muka. Pandangan kami bersabung. Hanya merenung antara satu sama lain tanpa bersuara.

"Ab-abang okay tak? Ada benda yang ganggu fikiran abang ke?" penuh peihatin aku menyoal. Bahunya aku elus lembut.

Nils menggeleng. "Aku okay cuma penat. Penat nak layan drama manusia" luahnya sedikit lemah. Aku pandang wajah sugul lelaki itu bersama pandangan simpati.

𝐇𝐞𝐥𝐥𝐨 𝐌𝐞𝐢𝐧 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now