❄️ 11

29 6 26
                                    

➽───────────────❥

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

➽───────────────❥

Tangan Aneira K lincah menconteng pada kertas set soalan latih tubi subjek Fizik secara rawak. Fikiran pula menerawang entah ke mana sedari tadi sehingga tingkah lakunya diperhatikan oleh seorang pelajar perempuan yang duduk menghadap dia. Berkerut dahi gadis berambut merah kranberi itu menyebabkan dia meletakkan kalkulator dan pensel mekanikal di atas meja lalu berpeluk tubuh. Badannya yang tegak disandarkan seketika pada kerusi. Sepasang matanya masih tekun memerhati Aneira K yang jauh termenung.

"Anne, tolonglah. Jauhkan diri awak daripada dia."

"Dia tak ada kena mengena dengan aku, Bei."

"Tapi saya tak nak awak jadi bekas dia, Anne!"

"AKU ANEIRA, BEI! BUKAN RAINA HANANI!"

"Anne, kau termenung lagi."

Aneira K mengangkat wajahnya untuk mengamati Sharmilla Fauzan yang memperhati tingkah lakunya sedari tadi. Dia termangu seketika, memakan beberapa detik untuk menyedari bahawa kertas set soalan di atas meja sudah dipenuhi dengan contengan pensel mekanikal yang dipegang. Dengan terpaksa dia menayang sengihnya saat dia kembali melihat gadis berambut merah kranberi yang menggeleng-geleng kepalanya.

"Kau suka sangat termenung. Risau aku tengok kau," ujar Sharmilla Fauzan yang kemudian mengunyah biskut oat berperisa coklat.

Keluhan berat dilepaskan. Aneira K membetulkan posisi duduknya lalu menongkat dagu di atas meja.

Sambil membelek-belek kertas set soalan yang sudah separuh siap, dia berkata, "Aku terfikir kenapa makin meningkat usia aku, makin payah aku nak cari lelaki standard aku."

Sharmilla Fauzan si girang mengunyah biskut oat terus mempamerkan wajah kelirunya.

Dengan mulutnya tercengang, dia bertanya, "Mak cik, kejadah apa yang kau tengah merepek ni?"

"Aku pun tak tahu apa yang aku tengah merepek, Milla," balas Aneira K.

Sharmilla Fauzan menepuk dahinya. Dia meletakkan plastik biskut oat di atas mejanya lalu mengambil pensel mekanikal di atas buku rujukan Fizik.

Mata pen halus ditujukan kepada Aneira K lalu dia berkata, "Tapi Anne, itu petanda baik juga. Sebab kau ada standard lelaki yang kau nak untuk jalinkan hubungan serius bukan hangat-hangat tahi ayam."

Aneira K berhenti menyelak kertas set soalan.

"Maksud kau?" tanya dia.

Sharmilla berkata, "Aku tak pernah jumpa lagi perempuan umur lapan belas tahun macam kau nak lelaki yang kewangannya stabil, boleh naikkan taraf sosial kau, senang cerita definisi kesempurnaan untuk kau. Dan yang paling penting —"

✔❄ SAYANGWhere stories live. Discover now