❄️ 22

16 6 22
                                    

➽───────────────❥

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


➽───────────────❥

Aneira K berbaju pinafore sedang mengelap rambut basahnya menggunakan tuala ketika dia dalam perjalanan menuju ke kelas 3A. Berkerut dahinya apabila dia menyedari aras tiga blok akademik masih gelap-gelita, tidak disuluh pancaran cahaya lampu dari kelas 3A. Apabila dia menapak di dalam kelas, dia terus menekan suis lampu lalu mengorak langkah ke meja pantri untuk menyidai tuala pada salah satu kerusi yang berdekatan. Setelah dia menyidai tualanya, baru dia tersedar akan Benjamin Daniel sedang menyusun beberapa kotak minuman bermalt di dalam bakul raga di atas meja pantri. Aneira K pun mendekati Benjamin Daniel lalu menjenguk kotak minuman yang disusun lalu memulakan perbualan kecil.

"Kenapa papa tak buka lampu tadi?" tanya Aneira K.

"Takut kantoi dengan security guard," balas Benjamin Daniel tanpa memandang ke arah dia.

"Papa, security guard tak round pukul enam pagi. Nak dekat pukul tujuh baru diorang round," jelas Aneira K yang mengambil tempat di sebelah Benjamin Daniel.

"Papa lupa Anne selalu naik kelas awal pagi," tutur Benjamin Daniel selepas selesai menyusun kotak air minuman di dalam bakul raga.

Aneira K perlahan-lahan menarik bakul raga ke arah dia lalu mengeluarkan sebungkus plastik roti, sebekas jem beri biru serta sebekas kacang mentega. Satu persatu diletakkan di atas meja dengan begitu cermat. Benjamin Daniel yang memperhatikan tingkah laku Aneira K pun menarik kerusi berdekatan lalu duduk di sisi gadis berbaju pinafore itu.

"Rajin Anne cuci rambut awal pagi. Wangi pula tu," ujar Benjamin Daniel secara rawak.

Aneira K terpaksa menahan ketawa ketika dia mengeluarkan beberapa keping roti daripada plastik pembungkusan lalu meletakkan di atas pinggan plastik berwarna hijau muda.

"Anne bukan macam papa. Asyik malas mandi," balas Aneira K lalu menjelir lidahnya kepada Ben.

"Papa dah mandi eh sebelum Anne bangun. Anne yang bangun lambat tadi," nafi Benjamin Daniel yang mencubit pipi Aneira K.

Aneira K membuka penutup bekas jem beri biru serta penutup bekas kacang mentega.

Ketika dia mengambil sudu daripada sebuah gelas lutsinar berwarna ungu, Aneira K bertanya, "Papa makan tak roti blueberry jem dengan peanut?"

"Papa baham je semua makanan yang Anne bagi," kata Benjamin Daniel.

Aneira K pun menyapu inti jem beri biru dan kacang mentega pada sekeping roti lalu terus disuap ke mulut Benjamin Daniel yang sudah ternganga sedari tadi.

"Sedap tak?" tanya Aneira K yang menonton Benjamin Daniel mengunyah perlahan-lahan.

Benjamin Daniel mengangguk sambil berkata dengan mulut penuhnya, "Not bad."

Tiba-tiba Benjamin Daniel menyuap sekeping biskut tawar yang diambil daripada tin biskut tawar di dalam bakul raga ke mulut Aneira K lalu bertanya, "Yang ni sedap tak?"

✔❄ SAYANGWhere stories live. Discover now