❄️ 32

51 6 0
                                    

➽───────────────❥

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

➽───────────────❥

Dua minggu kemudian.

Bilik wad hospital VVIP dipenuhi dengan berpuluh-puluh flower stand berwarna-warni serta sepanduk bertulisan "WISHING YOU A SPEEDY RECOVERY, ANEIRA & ALVIN!". Di atas meja berlaci terdapat dulang berisikan dua mangkuk bubur ayam panas dan dua gelas air suam yang tidak terusik. Aneira K yang memakai baju pesakit berwarna putih duduk bersandar pada katil pesakit, sedang menekan punat alat kawalan televisyen berkali-kali. Tidak henti memilih saluran televisyen untuk ditonton dengan penuh kebosanan. Namun dia berhenti menekan punat apabila dia menemui satu saluran yang sedang memaparkan seorang wanita sedang menyampaikan berita tergempar di dalam negara sepanjang bulan Mac. Aneira K pun menetapkan volum tinggi pada televisyen sehingga memenuhi segenap bilik wad hospital itu.

"Pada petang 11 Mac lalu, sebuah ambulans telah merempuh seorang pemandu motosikal berkuasa tinggi di pekarangan Hospital Alamanda. Menurut pihak polis, ambulans tersebut dalam perjalanan menuju ke hospital berkenaan membawa seorang pelajar tercedera setelah dihempap lampu LED big dipper di belakang pentas auditorium Sekolah Katherina. Namun difahamkan pemandu ambulans tidak menyedarkan diri serta kerosakan pada brek menjadi punca ambulans merempuh mangsa yang bernama Alvin Ivanov, 19 tahun. Walau bagaimanapun, terdapat saksi mengatakan bahawa Benjamin Daniel, 18 tahun, salah seorang peneman pelajar tercedera sengaja memandu ambulans sehingga menyebabkan rempuhan berlaku. Suspek juga dituduh merogol Aneira anak Tan Sri K, anak tunggal pengerusi Hospital Alamanda beberapa kali sewaktu di sekolah."

Aneira K tercengang apabila menonton rakaman temubual para wartawan bersama Tan Sri K sewaktu di tempat kejadian.

"Saya sebagai Baba Aneira amat kecewa dengan Benjamin Daniel. Lapan belas tahun saya menjaga Aneira bagaikan menatang minyak yang penuh. Aneira ada maklum pada saya bahawa dia dan Alvin, tunang Aneira berkawan rapat sejak kecil lagi. Jadi bila saya dapat berita berkenaan dengan hal ini...luruh jantung saya dengar. Dia perkosa Aneira di sekolah kemudian dia langgar pula Alvin di hadapan hospital saya. Jujur saya cakap, Benjamin Daniel bukan manusia tapi binatang buas yang sanggup aniaya anak dan bakal menantu saya!"

Aneira K terus menekan punat mati pada alat kawalan televisyen lalu menepuk dahinya.

"Baba ni dah macam Bei pula. Dramatik sangat masa interview hari tu," desis dia yang menggeleng-geleng kepalanya.

"Kita dah hancurkan masa depan Enya."

Lantas Aneira K menoleh ke kiri, melihat Alvin Ivanov yang turut berada di katil pesakit. Alvin Ivanov berbaju pesakit berwarna putih bersama tangan kanan berbalutkan kain anduh. Tangan kirinya pula dicucuk titisan IV. Aneira K mengamati wajah Alvin Ivanov membengkak dan melebam. Tidak kacak seperti hari kebiasaan.

"I rancang nak gunakan Enya sebagai kambing hitam sejak hari pertama Enya hadir dalam hidup I walaupun I sayangkan dia," ujar Aneira K tanpa secebis belas kasihan menyelinap ke dalam hati.

✔❄ SAYANGWhere stories live. Discover now