❄️ 17

26 6 20
                                    

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.


➽───────────────❥

Benjamin Daniel.

Satu-satunya nama yang tidak pernah lekang dari bibir Aneira K sepanjang dia berada di Sekolah Katherina dahulu.

Bak kata Aneira K, Benjamin Daniel merupakan penyuluh kehidupannya yang suram selama ini dan mengajar dia erti "kebahagiaan sebenar".

Tetapi bukti yang sentiasa terbentang di hadapan mata Alvin Ivanov jelas sekali kontra dengan "kebahagiaan sebenar" yang Aneira K maksudkan.

Apatah lagi sewaktu mereka berdua-duaan di dalam kelas 4A pada suatu petang itu, di mana mereka berdua saling meluahkan bahasa bunga cinta melalui tentangan mata.

"Tinggal kita berdua di dalam kelas, Anne. Yang lain sedang sibuk menyiapkan resume di makmal komputer, kan?"

Berderau darah Alvin Ivanov sehingga dia tidak menyedari bahawa dia menekan pedal minyak lalu memandu kereta dengan halaju tinggi. Aneira K di sebelahnya sedari tadi termenung ke luar tingkap kereta, berasa hairan dengan gelagat tunangnya. Dia melihat Alvin Ivanov mengetap giginya seolah-olah sedang menahan kemarahan yang terbuku di dada.

Apabila Aneira K kembali memandang ke hadapan, baru dia tersedar bahawa jejaka itu sedang memandu dengan semberono sehingga dia tidak menyedari akan pembahagi jalan tidak jauh dari kereta yang dipandu itu.

Bahu Alvin ditepuk Aneira K dengan kuat sebelum dia menempik, "ALVIN, YOU SEDAR TAK YOU HAMPIR LANGGAR DIVIDER?!"

Alvin Ivanov segera menarik brek secara mendadak selepas tempikan Aneira K memecahkan keheningan kereta.

Kereta yang dipandu jejaka itu berhenti tepat di hadapan pembahagi jalan.

Terbelalak mata Alvin Ivanov setelah menyedari akan kecuaian yang dia lakukan sebentar tadi.

"Sayang...," gumam dia saat dia menoleh ke kiri, melihat Aneira K yang sudah meletus kemarahannya.

"I FAHAM YOU CEMBURU DENGAN JANTAN MISKIN ITU BAK KATA YOU TAPI TOLONG FOKUS BAWA KERETA BOLEH TAK?! SEKARANG KITA DEKAT HIGHWAY BUKAN SEKOLAH, VIN! TOLONGLAH, VIN! I TAK NAK MATI AWAL, VIN!" tengking Aneira K yang terlalu kecewa akan sikap tunangnya.

"Eira, maafkan I. I tak sengaja tadi —"

"PERGI MAMPUS LAH DENGAN MAAF YOU, VIN!"

Tanpa berfikir panjang, Aneira K membuka pintu kereta lalu meninggalkan Alvin Ivanov berseorangan di dalam kereta. Dia terdorong untuk terus berjalan melolong di atas lebuhraya yang sunyi pada tengah malam itu. Alvin Ivanov yang masih berada di dalam kereta sudah jauh ketinggalan segera keluar lalu cuba mengejar gadis itu. Akan tetapi, hasrat jejaka itu punah dek tempo Aneira K berjalan semakin laju.

✔❄ SAYANGOù les histoires vivent. Découvrez maintenant