❄️ 01

161 14 0
                                    


Cinta kita melukiskan sejarah,Menggelarkan cerita penuh sukacita,Sehingga siapapun insan pasti tahu,Cinta kita sejati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Cinta kita melukiskan sejarah,
Menggelarkan cerita penuh sukacita,
Sehingga siapapun insan pasti tahu,
Cinta kita sejati.

●●●

Afgan - AADC/Ayat-ayat Cinta/Cinta Sejati
(Konser Salute Erwin Gutawa to 3 Female Songwriters)

time stamp ⬆️ : 5.41

➽───────────────❥

Peristiwa pada malam itu masih tersimpan elok di dalam kotak memori.

Fikiran suka mengusik emosi dengan memutar semula rakaman peristiwa bersejarah itu.

Malam 10 Ogos 2017.

Figura kau menghiasi laluan aras tiga blok akademik yang sepi.

Kau yang berdiri di hadapan kelas 3D sedang menghulurkan tangan kau kepadaku.

Aku di hadapan kelas 3C bertemankan diari merah jambuku tidak malu memercikkan sinaran keterujaan kepada kau.

Senyuman lebar di bibir terpancar khas untuk kau seorang.

Malam itu juga aku termakan pujukan hati yang kuat mengatakan bahawa kau pelengkap hidup yang kutercari-cari selama ini.

Percayalah kepadaku, seteruk sekali pun gelombang kemusnahan membadai bahtera kasih kita.

Aku, Aneira K tidak akan pernah kesal menyayangi kau, Benjamin Daniel.

➽───────────────❥

✔❄ SAYANGWhere stories live. Discover now