❄️ 14

25 6 21
                                    

➽───────────────❥

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

➽───────────────❥

Jam sembilan pagi.

Masa peperiksaan hanya berbaki lima belas minit. Aneira K meregangkan tangannya ke belakang, meliuk lentok badannya yang ditegakkan sepanjang dia bertungkus-lumus menghitamkan ruangan jawapan separuh soalan objektif pada kertas JOOB. Perhatiannya kemudian kembali kepada buku soalan kertas satu Matematik SPM 2020. Halaman muka surat yang terbuka luas kosong. Tiada sebarang contengan jalan kira yang merapu-rapu. Serupa dengan kotak fikiran yang kosong. Tiada solusi yang timbul untuk dia menconteng pada halaman itu. Dia yang sudah mati akal menoleh ke kiri dan kanan, memerhati gelagat setiap calon peperiksaan di dalam dewan sekolah. Saat dia menoleh ke kiri sekali lagi, dia melihat Hans Rivera yang meletakkan kepala di atas meja sudah pun nyenyak beradu.

"Hans dah siap jawab?" bisik dia yang tidak percaya.

Kembali memandang ke hadapan, dia merenung pada jam dinding.

Masa berbaki lagi sepuluh minit.

Keluhan berat dilepaskan. Aneira K yang mempamerkan wajah hampanya menarik rambut panjangnya yang terurai lalu menjerit dengan sekuat hatinya, "WEI, KENAPA SUSAH SANGAT SOALAN INI?! AKU NAK KREDIT UNTUK MATHS JE!"

"Anne, kau okey tak?"

Aneira K memandang ke kanannya, melihat Hans Rivera yang menghampiri belakang meja guru. Tangannya memegang telefon pintar serta pengecas telefon. Aneira K pun mengesotkan kerusi ke tepi, memberi ruang kepada teman lelaki Irene Park yang ingin mengecas telefon di plag bawah meja guru.

Aneira K yang meraup wajahnya dengan penuh duka citanya menjawab, "Maths kertas satu tadi susah gila."

Hans Rivera hanya mengangguk perlahan selepas mendengar luahan hati Aneira K. Dia pun bingkas lalu menarik kerusi yang berdekatan.

Melabuhkan punggung di sisi gadis itu, dia membalas, "Kau cakap seperti kau tak ulangkaji langsung. Jangan risau, kau mesti ada peluang nak skor A untuk subjek Maths. Lagipun kau dah janji dengan Sir Nubhan semalam kan?"

Aneira K tersenyum pahit mendengar kata-kata penyedap hati daripada Hans Rivera.

Dengan spontan dia berkata, "Untung Irene dapat boyfriend macam kau. Sentiasa berfikiran positif walaupun orang dah banyak kali tikam belakang kau."

Hans Rivera tertawa besarnya, geli hati dengan jenaka sentap Aneira K.

"Untung juga Irene ada kawan macam kau. Masih sanggup berbaik dengan orang walaupun jauh di sudut hati, tak ada sesiapa pun yang mampu pujuk lara terpendam kau."

Hans Rivera memandang tepat pada Aneira K, menunjuk raut wajah seriusnya.

Dia menyambung, "Sedangkan lelaki macam Ben tak dapat teka apa yang belenggu dalam hati kau, inikan pula lelaki macam aku, Anne?"

✔❄ SAYANGWhere stories live. Discover now