❄️ 16

33 6 0
                                    


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


➽───────────────❥

Betty Xu yang berdiri di hadapan cermin loker sedang mengoles gincu di bibirnya dengan teliti. Namun olesan gincu mengenai pipinya apabila dia terdengar ketukan beberapa kali pada pintu biliknya. Dia yang masih merenung pada cermin mempamerkan raut wajah yang sudah selesai disolek menjadi hodoh hanya kerana pipinya berhiaskan garisan olesan gincu berwarna merah terang.

"Baik awak masuk cepat sebelum saya cekik awak sampai mati sebab rosakkan makeup saya," ujar Betty Xu yang meninggikan suaranya.

Luruh jantung Betty Xu ketika pintu biliknya terus dibuka lalu ditutup semula oleh seorang gadis berpakaian serba hitam.

Betty Xu membuka laci dengan begitu kasar lalu mengeluarkan sebotol besar air miselar dan beberapa kapas lalu berkata, "Awak memang sengaja cari nahas dengan saya!"

Tiada respon daripada gadis berpakaian serba hitam itu.

Dia hanya mendekati belakang Betty Xu lalu memeluk pinggang ramping gadis itu. Dagunya diletakkan di atas bahu kanan lalu dia membuka sarung hoodie yang menutupi kepalanya.

Gadis itu pun bersuara dengan perlahan, "Cantiknya kau malam ni, Bei."

Kapas yang sudah dibasahi dengan air miselar terlepas daripada genggaman tangan Betty Xu selepas dia mengamati wajah si pemeluk daripada pantulan cermin. Betty Xu terus menoleh ke kanan untuk mengamati wajah gadis itu dari jarak dekat. Terbeliak matanya selepas dia menyedari kepada gerangan siapa dia baru sahaja menempik.

"Anne! Kenapa awak cakap nak datang sini?! Terkejut saya ingatkan orang lain yang masuk bilik tadi!" omel Betty Xu.

Aneira K kembali diam membisu.

Sepasang matanya hanya menyoroti wajah Betty Xu dengan penuh kasih tercicir. Kelakuan aneh Aneira K telah mengundang kegusaran pada gadis bermata sepet itu. Tangan Betty Xu tanpa disedari menghinggap di pipi Aneira K dengan niat ingin membelai wajah gadis itu.

Namun Aneira K bertindak memegang tangan Betty Xu lalu meletakkan tangan gadis itu pada wajahnya. Perlahan-lahan dia mendekatkan jarak di antara wajahnya dan wajah Betty Xu sehingga hidung mereka saling menempel. Dan Aneira K masih memilih untuk mengunci mulut saat mereka berdua saling bertentangan mata.

Meskipun hati Betty Xu bersulamkan bunga mawar diperlakukan begitu, masih terselit duri-duri mencucuk-cucuk permukaan hatinya yang membelon.

"Luahkan segala isi hati awak kepada saya, Anne. Jangan sorok secebis rahsia pun daripada saya," bisik Betty Xu.

➽───────────────❥

Wajah Aneira K disapa angin sejuk pada malam hari ketika pintu lobi dibuka secara automatik. Satu persatu langkah dibuka menuju ke foyer sekolah yang begitu hening. Namun langkahnya terhenti apabila dia terdengar bunyi notifikasi diterima daripada telefon pintarnya sendiri. Aneira pun mengeluarkan telefon di situ lalu memeriksa mesej yang diterima.

✔❄ SAYANGWhere stories live. Discover now