•^SPECIAL CHAPTER III^•

Start from the beginning
                                    

"I'm scared... "

Kepala Anayra diusap. Bibir merah itu dikucup sekilas.

"I'm your husband, sayang. Remember? "

Anayra memandang anak mata lelaki itu. Dia mengangguk perlahan. Kalau Khalish sendiri percayakan Aaran, kenapa dia tidak?

Tangan Khalish dari bahu Anayra, naik ke leher gadis tersebut perlahan. Diusap bahagian tersebut lembut.

So... Sekarang apa?

"Let's make adik for Maryam?"



Anayra menggeleng laju. Dia tak setuju. Bagi Aaran bawak Maryam jalan-jalan dekat taman? A big no!

"Sayang, taman dekat tu je. Tak jauh mana pun" Khalish cuba memujuk.

"Abang gila ke? Dia baru sembuh dari penyakit gila tu lepastu abang nak suruh Aaran bawak Maryam jalan-jalan. Just two of them?? Insane! Macam mana kalau penyakit dia tu datang balik?"

"Jangan cakap macam tu. Satu doa. Maryam okey je. Sayang janganlah macam ni. Kesian Aaran nak jumpa Maryam. Dia bukannya selalu ada time nak jumpa anak kita sebab kerja. Boleh eh? "

"Abang, dia tu gila! "

"Aip! Tak baik cakap orang macam tu. Kalau kita doakan dia kan lagi bagus. Bila kita selalu cakap macam ni, bila hati kita nak tenang? Remember what i said? Trust him. "

Anayra mengeluh berat. Naluri hati seorang ibu berat ingin melepaskan anaknya. Lagi-lagi dia takut untuk kehilangan buat kali kedua. Cukuplah sekali.

"Sekejap je. Tak payah lama-lama. Kalau lebih dari masa, Anayra tak kasi dia jumpa Maryam lagi"

"Thank you, sayang" pipi Anayra dicium.




Maryam diserahkan kepada Aaran. Aaran menyambutnya dengan berhati-hati. Apabila gadis cilik itu berada di dalam dukungan Aaran, cepat sahaja dia beraksi.

"Macam tahu tahu je Papa Aaran dukung eh? Pandai budak kecik ni" hidung Maryam dicuit.

"Terima kasih, Khalish sebab tolong pujuk Anayra. Kalau tak, takdenya aku boleh dukung Maryam macam ni"

"Sama-sama. Kau tahu kan kau kena hantar dia on time. Kalau tak, kau pun tahulah macam mana... Mungkin lepasni aku pun tak boleh tolong"

"Hehe.. Okey. "

Mata Aaran beralih pada Maryam.

"Jom Maryam! Jalan-jalan dengan papa! "






30 minit kemudian

"Mana diorang ni? Kenapa tak sampai lagi? " soal Anayra. Dia berjalan kehulu ke hilir. Risau.

"Sabar, sayang. Diorang on the way lah tu. Lagipun, masa masih panjang kan? Tak sampai masa pun lagi. Sayang tu kalut semacam"

"Macam mana saya tak kalut? Saya ni ibu. Saya risau! "

Kereta Mercedes yang baru sahaja tiba mengalihkan pandangan Anayra dan Khalish. Anayra tarik nafas lega.

Wajah Khalish yang risau membuatkan hati Anayra was-was. Selepas Maryam diambil sahaja, Anayra membulatkan mata besar.

"Kenapa dahi Maryam ada kesan calar? Aaran buat apa dekat Maryam?! " soal Anayra kuat. Dia menilik wajah Maryam kembali.

"Aa.. Abang jalan-jalan dengan Maryam dekat taman, lepastu ada orang rempuh bahu abang. Sado juga orang tu. Aaran jatuh, dahi Maryam calar kena bangku batu dekat taman tu. Tapi sumpah Aaran tak sengaja! " Aaran angkat tangan tinggi.

C | TRUE LOVEWhere stories live. Discover now