•^BAB 31^•

1.6K 108 4
                                    


Aaran yang sedang sibuk memasukkan baju ke dalam bagasi ditatap redup. Hatinya luluh. Bukan tak biasa, cuma terasa kehilangan nanti.

Aaran mendongak memandang Anayra yang bersandar di pintu dengan wajah yang muram. Di tepuk-tepuk lantai menyuruh Anayra duduk disebelahnya. Anayra menurut.

Tangan Anayra ditarik untuk duduk diatas riba. Anayra membulatkan mata.

"Abang tak pergi lama pun. 2 minggu je" ujar Aaran sambil mencium pipi Anayra lembut.

"Tak kisahlah 2 minggu ke 2 hari ke, feeling dia macam 2 dekad tau. Nanti siapa yang nak teman saya makan, siapa nak teman saya jalan-jalan... Lagi-lagi, siapa yang nak jadi bantal peluk tiap kali tidur? Awak je yang saya nak" Anayra terus memeluk suaminya bagai tidak mahu lepas. Rambut Anayra dimainkan.

"Alah... Langkawi je, sayang. Abang janji, lepas siap kerja abang dekat Langkawi tu abang bawak sayang pergi jalan-jalan"

Anayra terus memandang wajah Aaran dengan senyuman lebar.

"Betul ni? "

"Betul"

"Janji" Anayra menghulurkan jari kelingkingnya, ingin membuat pinky promise.

Aaran menautkan jari kelingkingnya dengan jari Anayra.

"Janji"

"Thank you so much. Balik cepat-cepat tau. Saya tunggu"

"Janganlah susah-susah tunggu abang. In Shaa Allah, abang akan balik cepat-cepat"

"Tak kira, saya nak tunggu abang. Hanya abang milik saya. Takde yang lain. Saya sayang abang sangat-sangat" ucap Anayra ikhlas.

"Kalau abang mati? Sayang nak cari lain? " Aaran mengangkat sebelah kening.

Anayra hanya tersenyum. Dada Aaran diusap perlahan. Kepala disandarkan pada dada tegap suaminya.

"Dalam hidup saya, saya nak kahwin sekali je seumur hidup. Tiada kali kedua. Dan saya akan selalu setia dengan abang sebab itu janji saya. Saya nak suami saya ni jadi yang pertama dan terakhir. Sampailah hingga akhir nyawa saya, "

Aaran tergamam dengan pengakuan Anayra. Kepalanya ditunduk, mencium kepala isterinya. Betapa bersyukurnya dia mempunyai isteri seperti Anayra.

"Abang janji, abang akan sentiasa setia dengan Alhena abang sampai ke Jannah"

Huluran tangan disambut dan dicium sayang. Berat hatinya ingin melepaskan tangan yang dia berusaha capai. Dahinya dicium mesra. Pipi dielus perlahan.

"Abang pergi dulu. Nanti abang call sayang bila abang dah sampai" ujar Aaran. Anayra mengangguk. Air mata ingin mengalir namun ditahan.

"Hati-hati abang, Anayra sayang abang sangat-sangat. I love you"

"I love you too, Alhena"

Tubuh dipeluk erat. Lama. Selepas itu, kereta yang dibawa Aaran meluncur laju meninggalkan kawasan rumah.

Keadaan sunyi sepi. Nafas dihela perlahanan. Dada diusap-usap. Kita tunggu 2 minggu lagi.

Anayra bosan. Telefon dikeluarkan dari poket seluar. Didail nombor seseorang.

"Yes, honey? " suara wanita itu menyapa Anayra.

"Hazel busy tak? Anayra bosan ni. Tak tahu nak buat apa. Aaran pun takde"

"Eh, taklah. Hazel tak busy pun. Always free. Kita pergi Pavilion nak? Hazel nak shopping"

"Boleh jugak. Nanti Anayra minta izin dari Aaran dulu lepastu Anayra call balik"

C | TRUE LOVEWhere stories live. Discover now