•^BAB 19^•

1.7K 140 14
                                    

~ satu hati yang tersakiti ~

____°____

Deringan telefon dari jejaka itu lagi membuatkan Anayra rasa gerun. Seram pun ada sampai merinding bulu roma dibuatnya.

Dia mengangkat panggilan itu lambat-lambat. Ditekapkan telefon itu pada telinganya.

"Helo? Assalamualaikum? " Anayra memberi salam takut-takut.

"Waalaikumussalam. Jadi apa jawapan kau? " tanpa angin atau ribut, dia terus menyoalkan perkara tersebut. Tak sabar sangat nak jawapan gamaknya.

'Ish, tak menyabar sungguh! Aku pun baru je tengok mesej tadi. Tu pun tak hilang lagi seram dia' desis Anayra dalam hati.

"A.. Apa awak maksudkan ni sebenarnya? "

"Kau tak payah nak buat tak tahu. Aku nak jawapan kau je. Aku tahu kau dah baca, Alhena. Sekarang, aku nak jawapan dari kau. Dalam masa sepuluh saat, yes or no? " Aaran menanti jawapan.

Anayra gugup. Kalah periksa SPM kalau soalan dia macam ni!

"Err.. Aa.. Apa eh? " Anayra masih ragu-ragu. Sepuluh saat je mana sempat nak fikir! Dahlah bagi soalan mengejut!

"Tujuh...enam...lima.. " Aaran masih mengira.

"Awak ni dahlah bagi soalan mengejut! Sepuluh saat mana cukup!" Anayra membentak. Tak puas hati.

"Tamat, Alhena. Kau gagal jawab soalan aku yang mudah tu " ujar Aaran.

Mulut Anayra ternganga luas. Soalan mudah? Tu soalan pasal hidup mati tahu tak? Dia dah benak ke apa ni? Salah ambik vaksin ke tiba-tiba attack orang macam ni?

"T.. Tapi.. "

"Dah takde tapi, Alhena. Sebagai hukuman kau gagal jawab soalan aku, aku akan hantar rombongan merisik dalam hujung bulan ni. Tiada penolakan, tiada bantahan. Faham? " keras suara Aaran tapi sebenarnya dalam hati dah seperti rama-rama.

"HAH??!! " Anayra ternganga buat kali kedua.

"Thank you, Alhena. See you as orang sebelah aku atas pelamin nanti. Assalamualaikum, " cepat-cepat Aaran menutup panggilan.

Anayra masih tercengang. Hantar rombongan merisik? Hujung bulan ni? Gila apa mamat tu tiba-tiba lamar orang?

Eh, dia lamar ke?

Aahh! Tak kisah lah! Dia ajak kahwin kan tadi? Maksudnya dia lamar lah tu.

Ya Allah Ya Tuhanku. Dugaan apa ni? Kenapa lah mulut dia tak kuat nak cakap NO macam masa dia reject lamaran abang ngah tu? Kenapa berat sangat mulut dia ni?

Anayra semakin serabut. Sekarang ni, macam mana dia nak bagitahu Puan Sari dengan Encik Azman?

Sedangkan Aaran, selepas sahaja panggilan dimatikan, dia terus menarik nafas lega. Berdebar siot bila nak lamar orang ni. Hati dia dah berdegup laju.

"Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum jodoh" Aaran tersenyum sendiri. Wajahnya ditekapkan pada bantal.

"Aku dah gila ke? Gila cintakan dia? " soal Aaran pada diri dia sendiri. Terukir senyuman di wajah lelaki itu mekar.

"Ini ke rasa cinta? Tak pernah rasa tapi bahagia. Ya Allah, kau kekalkanlah ikatan jodoh antara kami. Aamin.." Aaran meraupkan wajahnya.

"Nur Anayra Alhena. Wait for me dear, your future husband will be coming soon"

•••

Anayra masih berjalan ke sana ke sini berulang-alik. Dia masih memikirkan tentang lamaran Aaran petang tadi. Dahlah bagi soalan tiba-tiba, jawab dalam 10 saat, gagal dia hantar rombongan merisik. Like what??

C | TRUE LOVEWhere stories live. Discover now