•^BAB 41^•

1.8K 96 60
                                    

~ satu hati yang tersakiti ~

_____°_____

Aaran dan Maira hanya tergelak dari tadi apabila memasuki ke dalam ruang hotel. Tangan mereka masih menggenggam erat satu sama lain bagai tidak mahu lepas.

Sampai sahaja di dalam bilik, Maira terus merebahkan badannya diatas katil.

"Abang nak keluar pergi lobi kejap. Nanti abang datang balik" kata Aaran. Dia sudah bersedia memegang timbil pintu.

"Maira nak ikut! " laju sahaja Maira bangun dari baring.

Aaran sudah resah.

"Eer... Tak payah lah... Abang nak pergi sekejap je. Nanti abang datang balik. Nanti abang janji abang bawak sayang pergi honeymoon. Okey? "

Maira sudah mengukirkan sengihan. Diangguk berkali-kali.

"Okey, elok-elok tau awak" tangan siap melambai lagi. Aaran menarik nafas lega.

Setelah selesai sahaja keluar dari biliknya, kaki melangkah menuju ke bilik berseberlahannya, bilik tidur Hazel dan Anayra.

Loceng ditekan. Dalam beberapa minit menunggu, pintu bilik dibuka. Wajah Hazel terjengul di muka pintu dengan muka masam.

"Kau nak apa? " soal Hazel kasar.

"Aku nak jumpa bini aku" kata Aaran. Dia siap meliar-liarkan mata melihat ruangan bilik tersebut mencari Anayra.

"Ouh, kau ada bini satu lagi ke? Aku ingatkan Maira sorang tu je. Ada bini lagi rupanya... " Hazel mengangguk-angguk kepala tanda mengejek.

"Kau diam boleh tak? Tepilah, aku nak jumpa Anayra" tubuh Hazel ditolak ketepi. Hazel menjulingkan mata keatas.

Kaki Aaran melangkah menuju ke katil si isteri. Wajah pucat yang sedang tidur itu dipandang sayu. Rambut ikal panjang milik isterinya dibelai lembut.

"Maafkan abang sebab datang lambat. Abang minta maaf... " tangan Anayra dicium. Dilekapkan tangan gadis itu dipipinya.

Mata Anayra terbuka perlahan-lahan. Dipandang wajah suaminya disebelah. Senyuman diukir pahit.

"Abang?" suara lemah Anayra memanggil Aaran. Aaran mendongak. Dipandang mata yang menatapnya itu.

"Ya Allah sayang... " dicium dahi si isteri. Ibu jari mengusap pipi Anayra.

"Maafkan abang sebab abang lewat jenguk sayang" kata Aaran penuh rasa bersalah.

Keadaan Anayra terlalu lemah. Macam manalah dia boleh pergi keluar bersama dengan Maira sambil tergelak-gelak sedangkan isterinya disini sedang menahan perit.

Anayra senyum. "Kenapa nak minta maaf? Abang tak buat salah apa-apa pun dekat saya"

"Jom, abang bawa pergi klinik"

"Takpe... Lepas makan ubat nanti saya okeylah. Abang janganlah risau, saya okey je" kata Anayra. Rambut suaminya diusap lembut.

Aaran sayu melihat keadaan isterinya. Namun, dia akur akan kehendak isteri.

Deringan telefon mematikan perbualan mereka. Panggilan dari Maira Aaran pantas jawab.

"Awak kat mana? Maira pergi lobi tadi awak takde. Awak tipu saya eh? Awak...saya takut tau" rengek Maira manja. Aaran mengeluh.

"Kejap abang datang" kata Aaran lalu mematikan panggilan.

"Maira eh? " teka Anayra. Dari riak wajah Aaran sudah tahu siapa gerangan si pemanggil.

C | TRUE LOVEWhere stories live. Discover now