•^BAB 43^•

1.6K 102 11
                                    

~ satu hati yang tersakiti ~

______°______

Aaran memberikan pregnacy test itu kepada Anayra. Dua line merah yang terpapar itu dipandang. Pegangan pregnancy test tersebut terketar-ketar.

Lama-kelamaan, senyuman diukir juga pada Aaran.

"Tahniah abang, Maira. Tahniah sebab nak dapat baby. Jaga kandungan elok-elok. Abang jaga Maira elok-elok" ucap Anayra.

"Sudah semestinya abang akan jaga anak abang. Abang tak sangka yang abang akan jadi Daddy! " Aaran bersorak keriangan. Maira hanya tergelak dengan tingkah laku Aaran.

"Anayra masuk bilik dulu, nak mandi. Dah melekit satu badan. Anayra masuk dulu, eh" Anayra meluru ke biliknya. Dilihat buat kali terakhir, Aaran sedang memeluk erat Maira dan mencium bertalu-talu wajah madunya itu.

Dia memejamkan mata. Terus ditutup pintu bilik rapat. Dia bersandar pada pintu bilik. Mulutnya ditekup, tidak mahu esakan tangisnya berbunyi. Linangan air mata mula mengalir. Perit dan sakitnya dia, hanya tuhan yang tahu.

Tangan dia perlahan menurun ke perutnya yang kempis. Digosok permukaan itu perlahan-lahan.

"Anak mummy bila nak wujud, sayang? Bila mummy boleh happykan daddy macam tu? Kenapa sayang tak muncul lagi dalam rahim mummy? Mummy nak sangat happykan daddy dengan kehadiran sayang, " tutur Anayra.

Ya Allah... Peritnya apa yang dia rasakan ini...

Dia masih boleh ingat macam mana gembira dan bahagianya Aaran dengan kehadiran si cilik di dalam rahim madunya. Buat pertama kali, wajah Aaran terlihat sangat bahagia.

Bila dia boleh gembirakan Aaran seperti itu? Bila dia boleh bahagiakan Aaran seperti itu?

Mengandung adalah satu impian setiap isteri. Begitu juga Anayra.

Dia mandul ke? Dia tak boleh bagi Aaran zuriat ke? Ya Allah...

"Bila sayang nak datang ni? Mummy nak sangat gembirakan daddy... Please sayang... Tolonglah muncul dalam rahim mummy... Mummy--" dia tak sanggup lagi meneruskan kata-katanya.

Pedih dan perit yang sukar untuk dia telan. Bahagia.... Adakah itu milik dia?

Anayra memandang pasangan sejoli yang baru turun dari bilik. Anayra hanya menunggu di ruang makan.
Anayra memberikan senyuman kepada Aaran dan Maira. Sarapan sudah lama terhidang.

"Makan banyak-banyak tau. Nanti baby jadi kuat macam daddy" kata Aaran sambil menggosok perut Maira lembut.

"Kalau makan banyak-banyak nanti, Maira gemuk, awak dah tak sayang Maira" ujar Maira sambil memuncungkan bibir.

"Sayang gemuk ke, kurus ke, abang tetap sayang isteri abang. Terima kasih sebab sanggup kandungkan zuriat abang. Abang bahagia sangat"

"Sama-sama, awak"

Seperti halimunan disitu, Anayra hanya memerhatikan mereka berdua. Terbit rasa pilu dihati.

Maira dah mengandung, jadi semua perhatian akan beralih kepada Maira. Dia? Mungkin hanya akan jadi tunggul sahaja di dalam rumah itu.

"Abang makanlah dulu, Anayra nak ambil beg kejap. Lepasni, kita pergi sama-sama, eh? " Anayra mula bersuara.

"Em.. Abang tak boleh hantar Anayra pergi Universiti harini. Abang nak bawa Maira pergi buat buku pink. Anayra boleh pergi sendiri, kan? " soal Aaran lembut.

Anayra perlahan-lahan mengangguk. Ye, dia boleh buat semuanya sendiri.

"Ouh, dan satu lagi. Bila abang pergi kerja, nanti Anayra tolong tengokkan Maira. Jangan bagi dia buat kerja berat-berat. Ingat, dia mengandung" pesan Aaran. Anayra mengangguk lagi.

C | TRUE LOVEWhere stories live. Discover now