•^BAB 18^•

1.8K 134 16
                                    

~ satu hati yang tersakiti ~

____°____

Anayra tersengih sendiri. Harini dia akan daftarkan diri ke Universiti. Giliran dia pula yang akan belajar di sana. Dia menarik bagasi menuju ke bilik yang diarahkan.

Bilik 15. Tempat tidurnya yang baru. Welcome to our new world!!

Eleh, world lah sangat.

Sekarang ni, pihak universiti menyuruh semua pelajar mengemaskan barang dulu sementara ke dewan utama Universiti itu.

Anayra meletakkan baju-bajunya yang sudah siap dilipat ke dalam almari. Dia menyusun setiap barang dengan teliti.

Penat mengemas, dia berbaring sebentar. Apabila mata hampir terkatup, bunyi notifikasi telefonnya menandakan ada mesej masuk. Dengan malas, Anayra membuka aplikasi whatssap tersebut.

~Goodluck dekat sana~
-A-

Anayra pelik. Dia seperti kenal pemilik akan mesej ini. Dia menaip papan kekunci menghantar balasan.

~ Ni Aaran ke?~

~ you know the answer ~

Anayra terdiam. Lama-lama senyuman diukir. Entah kenapa dia rasa gembira selepas lelaki itu memberi mesej kepadanya.

Mesej dari Aaran dibiarkan tergantung. Tak mampu untuk membalas. Dia merasakan sesuatu. Dada dia pegang.

"Why? Kenapa hati aku rasa macam ni? Rasa dia lain... sangat. Aku... dah jatuh cinta ke? " Anayra memandang siling putih diatas. Dia tergelak sendiri.

Dah gila mungkin.

•••

Pejam celik pejam celik sudah sebulan dia di Universiti itu. Lagi mengejut Nani pun sambung belajar di Universiti yang sama. Bilik yang sama. Berjodohan sungguh!

"Kau dah siapkan assignment Puan Halijah? " soal Nani. Anayra mengangguk.

"Dari minggu lepas lagi. Kau kenapa tanya? "

"Aku takut kau kena denda je. Macam kau tak tahu Puan Halijah tu garang nak mampus. Silap sikit kena halau dari dewan. Kalau kau tak siap lagi, kau boleh tiru aku punya. Aku kan kawan yang prihatin" Nani tersengih.

"Kepala hotak engkau. Dalam sejarah kau kenal aku, mana pernah aku tak siapkan kerja. Ada? Ada? "

"Eleh.. Aku tahulah. Aku tanya je.. Eh, Anayra. Kau nak lepak pergi Starbuck tak lepas ni? Aku craving gila" Nani memuncungkan mulutnya. Anayra tersenyum. Mengada-ngada!

"Yelah, nanti kita pergi. Aku teman kau"

"Yeay! Sayang kau" Nani memeluk bahu Anayra erat. Anayra cepat -cepat meleraikan.

"Orang tengoklah gila! "

•••

Aah.. Lega tekak lepas menyisip minuman itu. Nasib kawan belanja. Dahlah duit dia kena tunggu abah dia transfer dulu. Heheheh..

"Akhirnya, selepas sekian lama tidak meneguk air favourite aku. Lagi-lagi boleh tenangkan otak. Sakit tau kepala aku! " rungut Nani. Anayra ketawa.

"Biasalah hidup seorang student. Nak buat macam mana? " Anayra kembali menyisip minuman itu.

"Aduh, Anayra. Aku sakit perut lah. Nak pergi ladies kejap" Nani memegang perutnya sambil kening berkerut menahan sakit. Anayra terus mengangguk. Teruk sangat gamaknya. Tulah, minum air sampai dua bekas.

C | TRUE LOVEWhere stories live. Discover now