^•BAB 1•^

4.9K 228 14
                                    

~satu hati yang tersakiti~

_______

"APA?? "

Hampir bergegar rumah itu dengan jerkahan Anayra . Abangnya , Aqeef Fayyadh menutup telinga dengan kedua-dua tangannya . Hampir pecah gegendang telinganya .

" Ye.. Abang nak ajak kawan-kawan abang duduk kat sini sebulan je .. Alah.. Rumah kita kan banyak bilik, so why not abang yang baik hati ni ajak diorang duduk sini . "

"For what ??? "

" Kitaorang dah nak start last exam bulan depan . Jadi , rumah kawan-kawan abang tu semua jauh-jauh . Memandangkan rumah kita ni dekat dengan universiti abang , abang ajaklah diaorang duduk sini sebulan . Tak payah diorang susah-susah packing baju-baju nak balik universiti lepas cuti ni .

Buat apa abah buat bilik banyak-banyak kalau tak guna . Kita pun ada 4 orang adik-beradik je . Lagi-lagi kak long pun dah pindah Johor ikut abang long . "

" Perlu ke ??!! " soal Anayra kuat .

" Bagi abang perlu "

Terjegil mata Anayra dengan jawapan abangnya . Macamlah abangnya tak tahu apa sebab dia tak suka sangat kawan-kawan abangnya bermalam di rumahnya .

" Dah.. Dah.. Tak payahlah nak bergaduh . Hah , bila kawan kamu tu nak datang sini ? " soal Encik Azman .

" ABAH ??!! "

Anayra terjegil mata buat kali ke dua . Aqeef membuat hi-5 dengan abahnya . Puan Sari menggeleng-geleng kepala .

" Biarlah , diaorang nak bermalam dekat sini . Kita buat baik dekat orang , orang balas baik dekat kita . Betul jugak kata abang kamu . Apa guna bilik banyak kalau tak guna . "

Anayra menyilangkan tangan . Tidak puas hati . Satu lawan tiga. Confirm dia kalah . Aera terus menghentakkan kakinya dan berlalu pergi masuk ke dalam bilik .

" Anayra ! Taknak sarapan ke ? "

" Orang tak lapar ! Dah kenyang makan hati ! "

Puan Sari menggeleng kepalanya . Dia faham kenapa anak perempuannya begitu .

" Alah.. Mama tak payah kisahlah pasal Kak Anayra tu . Lepas ni dia datang makan jugak . "

Ujar Nina Imani , anak bongsu keluarga tersebut . Dia yang lengkap dengan baju sekolah duduk di meja makan menikmati sarapan .

" In Shaa Allah abah.. Diorang datang minggu depan ."

•••

Anayra menyapu sampah di ruang tamu. Sesekali dia merengus geram. Abangnya memang cari pasal sungguh!

"Buat apa tu cik kak oiii"

Sapa Aqeef sambil tersengih nakal. Anayra menjulingkan mata. Wajah setia dimasamkan.

"Tengah menyapu lantai yang dah dibanjiri hati yang kotor macam abang"

Pedas jawapan yang diberikan. Aqeef memegang dada dan mengerutkan muka. Seolah-olah kata-kata tersebut tertusuk di dalam hati.

"Auchh! Sakitnya dalam hati ini. Tertikam mendengar kata-kata adik kesayangan ku ini. Alah marah pulak dia. Abang tanya lembut-lembut ni.. "

Lembut bicara Aqeef sambil memandang anak mata Anayra. Anayra mengeluh kuat.

"Kemas rumah untuk kawan-kawan kesayangan abang tu lah. Bila diorang datang nanti taklah abang malu sebab rumah ni berdebu macam jerebu! "

Aqeef mengekek ketawa. Kata-kata Anayra mencuit hatinya.

C | TRUE LOVEWhere stories live. Discover now