•^BAB 25^•

1.9K 112 13
                                    

Teaser True Love. Jangan lupa tengok! Bolehlah feeling-feeling sekejap sambil minum Errr Mellow🐣

Anayra mengeringkan rambut sambil berjalan keluar dari bilik air. Dia pelik. Matanya meliar mencari Aaran. Kosong. Hanya dia sahaja di dalam bilik tersebut.

Bunyi ketukan pintu mengejutkan Anayra. Anayra melilitkan tuala sebelum membuka pintu tersebut. Seorang pekerja hotel wanita memegang sehelai dress putih labuh dan menyerahkan kepada Anayra. Anayra menyambutnya.

"For me? " soal Anayra inginkan kepastian.

"Yes, miss. Have a good day, " ujar pekerja hotel itu.

Pintu ditutup kembali. Anayra membelek dress putih tersebut. Hmm.. Cantik!

Sekeping kad yang terselit pada dress tersebut diambilnya. Anayra membaca isi dalam kad tersebut.

Dear, my Alhena.

Pakai dress yang aku bagi ni. Pukul 10:30 malam, kau turun ke dewan makan. Aku tunggu kau kat sana.

Anayra dah tersenyum-senyum biawak. Dia mengerling ke arah jam di telefon. Pukul 9:30.

Cepat-cepat dia pergi bersiap.

•••

Dia menggayakan dress putih labuh itu di depan cermin di tambah dengan mekap yang nipis menaikkan seri wajah. Dia tersenyum sendiri.

Jam sudah menunjukkan pukul 10:25. Beg tangan di capai. Dia bergerak menuju ke dewan makan.

Sampai sahaja di sana, keadaan sunyi sepi. Hanya pekerja hotel yang sedang sibuk melakukan tugas. Anayra hairan.

Dia rasa dalam kad tu memang tertulis jumpa dekat dewan makan. Dewan makan mana lagi ni?

Tiba-tiba, seseorang dari belakangnya menutup kedua-dua belah matanya dengan sehelai kain. Anayra sudah berdebar-debar.

"Siapa ni? "

"Shhh... It's me, dear" bisik suara tersebut.

"Abang, " Anayra memanggilnya.

"Just relax, okey"

Dia merasakan yang dia berada di awang-awangan. Aaran dukung dia dengan gaya bridal style. Anayra terus memaut pada leher Aaran.

Aaran membawanya ke satu tempat.

Aaran mendudukkan Anayra di atas sebuah kerusi. Dia membuka ikatan kain itu perlahan-lahan.

Anayra membuka mata. Terkebil-kebil dia melihat suasana di hadapannya sekarang ini. Dia berada di rooftop bersama suaminya.

Dihadapannya terhidang makanan dan minuman bersama lilin di tengah-tengah.

Senang cerita, candle light dinner.

Kelopak bunga ros merah bertaburan di atas lantai. Anayra terkedu campur teruja.

"Do you like it? " suara serak basah itu kedengaran betul-betul di telinganya. Bahu Anayra di pegang.

"I love it! Thank you, abang" Anayra memegang tangan lelaki di bahunya itu.

"And this is for you" sejambak bunga ros merah bercampur putih diberikan kepada Anayra. Anayra menyambutnya.

"Wanginya.. Thank you, my dear husband. Thank you very much!" Anayra mengucup tangan suaminya berkali-kali.

C | TRUE LOVEWhere stories live. Discover now