•^BAB 8^•

2K 154 6
                                    

~ satu hati yang tersakiti ~

____°____

THE PLAYBOY : AARASH

1 Tahun Berlalu

Anayra mendiamkan diri dalam bilik tidurnya. Penatnya harini! Kelas tambahan lama sangat. Cikgu pun macam-macam ragam. Eh, homework tu.. Eh, homework ni. Lepastu deadline esok. Nak suruh anak murid dia mati cepat agaknya.

Erzhan dah tiada khabar berita selepas dia tamat sekolah. Yang dia tahu, Erzhan akan belajar di luar negara. Negara mana dia tak tahu. Negro kot.

TING!

Anayra mendapat satu pesanan dari seseorang dalam social media. Anayra melihat pesanan tersebut.

Aarash
-> Hai Anayra. Ingat saya lagi tak? Aarash. Kawan Erzhan dulu. Tapi dululah, sekarang ni saya dah tak berkawan dengan dia.

Anayra mengangkat sebelah kening. Kenapa kawan si Erzhan ni tiba-tiba nak mesej aku?

Anayra
-> Okey, hai. Ye, saya ingat. Kenapa eh awak mesej saya ni?

Aarash
-> Niat saya hanya untuk berkenalan. Tak salahkan?

Anayra
-> Tak salah tapi lepas apa yang Erzhan cakap dekat saya, awak masih nak berkawan dengan saya?

Aarash
-> C'mon Anayra. Saya taknak pun semua tu berlaku. Saya pun tak jangka yang Erzhan boleh bertindak sebegini dekat awak. Lepas apa yang girlfriend dia bagitahu yang awak suka dekat dia, saya nampak wajah dia terus berubah.

Kalau boleh saya nak tolong awak masa tu tapi saya tak mampu. Jadi, sudi tak awak nak berkawan dengan insan yang lemah macam saya ni?

Anayra hanya membalas.

Anayra
-> Okey

Tanpa sedar, permulaan mesej itu menjadi semakin rapat. Hubungan mereka seperti pasangan lain walaupun mereka tidak bercinta.

"Little Delicious, saya penatlah harini. Lecturer suruh saya buat tu, buat ni. Saya penatlah" luah Aarash di corong telefon.

Anayra tersenyum dan tergelak kecil.

"Awak rehatlah sekejap. Tidur dulu sebentar lepastu sambung balik. Janganlah penat-penat macam ni. " Anayra memujuk.

"Kalau macam tu, tolong dodoikan. Saya nak dengar suara Little Delicious ni nyanyi" pinta Aarash manja.

"Okeylah, twinkle-twinkle little star.. How i wonder what you are... "

Kedengaran bunyi dengkuran halus dari telefon. Anayra tersenyum sebelum mengucapkan,

"Sweet dreams, dear"

•••

"Awak, esok saya ada pertandingan nyanyi dekat sekolah. Awak doakan saya okey? " Anayra menguis-nguis nasi di pinggannya.

"Saya tahu awak akan menang, Little Delicious. Nah, kiss untuk esok. Muahh! " bunyi ciuman dari corong telefon membuatkan Anayra tergelak kecil.

C | TRUE LOVEWhere stories live. Discover now